Powered by Blogger.

Sunday, January 19, 2014

Di Taipei najis Anjing Boleh Ditukar Dengan Emas!!

Misteri Tukul Besi Kuno !

Misteri Tukul Besi Kuno ! | Misteri artifak ini sentiasa menjadi perdebatan hangat di antara penyokong teori penciptaan dan teori Darwin. Jadi apakah ia? Artifak tukul besi London yang dikelilingi oleh jisim pepejal batu "Cretaceous". Pemegang tukul diperbuat daripada kayu dan sebahagiannya telah menjadi batuan.


Ia ditemui di London, Texas. Pada Jun 1936, semasa Max dan Emma Hahn berjalan-jalan di Red Creek, berhampiran rumah mereka di London, Texas. Ketika itu mereka ternampak batu terbonjol dengan sekeping kayu yang melekat padanya. Beberapa waktu kemudian anak mereka, George memecahkan batu tersebut dan menunjukkan ada tukul logam di tengah-tengah batu tersebut. Hahn mengasah tukul itu untuk melihat jika ia benar-benar logam. Tempat yang mereka asah itu tidak berkarat sejak dari waktu itu iaitu 50 tahun yang lalu. Jadi siapakah kita untuk membuat fosil yang luar biasa ini?

Selepas ujian dijalankan, ia menunjukkan bahawa tukul itu sebenarnya besi. Tukul itu mengandungi 96% besi, 2.6% klorin dan 0,74% sulfur. Tiada buih terperangkap dalam logam tukul itu sama sekali. Malah, kualiti besi itu adalah sama atau melebihi kualiti mana-mana besi yang terdapat dalam dunia moden sekarang.

Persoalanya, mungkinkah teknologi zaman dahulu benar-benar maju? Adakah ini sebenarnya tukul dari dunia yang wujud sebelum banjir Nabi Nuh a.s? Tiada siapa yang tahu dan pasti. Ia masih lagi menjadi salah satu daripada rahsia-rahsia besar di dunia.

[Sumber]

Lelaki Dipeluk Unta Seumpama Seorang Sahabat Lama !

Lelaki Dipeluk Unta Seumpama Seorang Sahabat Lama ! | Seekor unta menunjukkan emosi seperti manusia dan ingatan yang kuat apabila ia memeluk bekas pemilik warga Arab Saudinya dengan penuh kasih sayang selepas berjumpa kembali sejak sekian lama.


Bekas pemilik unta itu sendiri terkejut apabila unta berkenaan berlari mendapatkannya dan membelit bekas pemilik terbabit dengan lehernya yang panjang itu.

Lelaki berkenaan yang namanya tidak didedahkan dikatakan melawat ladang haiwan kepunyaan pemilik barunya kerana merindui unta yang pernah dipeliharanya itu.

Satu gambar yang diterbitkan akhbar berbahasa Arab, Sada Arabic menunjukkan petani itu dipeluk unta berkenaan dengan lehernya.

Laporan itu menyebut, Ia membelit leher bekas pemiliknya seolah-oleh mengatakan walaupun kamu sudah menjual saya, saya masih menyayangi kamu.

Gambar itu yang turut disiarkan beberapa laman sosial, segera mencetuskan pelbagai ulasan, kebanyakannya menyatakan rasa terharu berikutan kasih sayang yang ditunjukkan unta dan bekas pemiliknya.
Mereka juga terkejut dengan reaksi haiwan itu.

Walaupun lelaki berkenaan mengetahui unta itu akan mengenali beliau, beliau tidak menjangka binatang itu akan menunjukkan reaksi demikian terhadap manusia.

Sumber: Berita Harian