Powered by Blogger.

Monday, January 20, 2014

Kisah Sedih Anak Kecil Yang Kehilangan Ibu Bapa++Mesti Baca

Kisah Sedih Anak Kecil Yang Kehilangan Ibu Bapa++Mesti Baca |Assalamualaikum.....

Saya terbaca cerita seorang gadis kecil dari Mesir yang begitu tabah..Ketabahan dirinya merentasi usia kanak-kanaknya..Kisah ini cukup menyayat hati.Membuatkan hati keibuan saya begitu tersentuh...
Saya ingin berkongsi kisah ini dengan sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca yang singgah di sini. Ia mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Bara'a..




Wajah manis seorang 'ahli syurga'

Bara’a adalah seorang gadis berusia 10 tahun milik sebuah keluarga kecil bahagia yang taat agama dari Mesir . Kedua orang tuanya adalah doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk mencari peluang yang lebih baik. Bara'a adalah gadis muda yang sangat manis dan cerdas . Di usia yang masih muda, dia berjaya menghafal semua Quran dengan tajwid yang betul. Malangnya, tragedi menimpa dan merubah kehidupan gadis muda ini.

Suatu hari ibunya ditimpa penyakit. Selepas beberapa ujian perubatan, ibunya didiagnosis dengan kanser yang boleh membawa maut. Lalu ibunya mulai memikirkan masa depan gadis muda ini dan bagaimana dia hendak memberitahu anaknya mengenai berita buruk itu. Bagaimana Bara’a akan bangun suatu hari tanpa ibunya di sisi. Akhirnya si ibu memutuskan untuk memberitahu puterinya dan berkata:

"Sayangku, mama akan pergi ke syurga tidak lama lagi"

Si ibu menekankan kepada anaknya bahawa dia harus terus membaca Quran setiap hari untuk melindungi dan menjaganya dalam kehidupan ini. Pada ketika itu Bara’a tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang bakal di lalui di masa depan. Kemudian, dia mula memahami apabila kesihatan ibunya semakin teruk dan dirawat di hospital. Setiap hari pulang dari sekolah dia melawat ibunya di hospital dan membaca Quran di sisi katil ibunya sehingga petang. Dia terus membaca sampai ayahnya pulang dari kerja untuk menjemputnya.

Suatu pagi pihak hospital menelefon ke rumah dan meminta ayah Bara’a untuk datang ke hospital dengan segera memandangkan kesihatan isterinya semakin tenat dan hampir meninggal dunia. Sang ayah tidak mahu membuatkan puterinya terkejut dgn berita itu lalu meminta puetrinya menunggu di dalam kereta, sementara si bapa pergi melihat keadaan ibunya. Si bapa meyakinkannya bahawa dia akan kembali dalam beberapa minit. Dia melangkah keluar dari kereta dan matanya penuh dengan air mata; bingung dengan berita suram nasib isterinya. Sementara ia berjalan untuk menyeberang jalan, Bara’a memerhatikan ayahnya pergi. Si bapa tiba2 dilanggar bas yang sedang mendatang dan mati serta merta. Bara’a berlari keluar dari keretanya sambil menjerit dan menangis. Dia meluru ke sisi ayahnya yg sudah tidak bernyawa lagi…

Peristiwa tragis Bara’a tidak berakhir di sini. Pihak hospital tidak memberi tahu ibu Bara’a yang sedang berjuang untuk hidupnya mengenai kematian suaminya yang terjadi ketika dalam perjalanan untuk bertemu dengannya. Lima hari kemudian, ibu Bara’a tewas dlm pertempuran dengan penyakit kanser dan mati meninggalkan Bara’a sendirian di Arab Saudi tanpa saudara mara. Dia kehilangan ibunya dan ayah pada minggu yang sama. Beberapa teman dan orang-orang baik yang tersentuh oleh tragedi cerita Bara'a berusaha untuk membantunya untuk kembali ke keluarga ibu bapanya di Mesir. Sementara persiapan untuk menghantar pulang Bara'a sedang dibuat, tragedi lain datang lagi tapi kali ini targetnya adalah Bara’a sendiri. Dia mengalami sakit mendadak dan selepas beberapa ujian perubatan, cukup meyakinkan bahawa ia didiagnosis dengan bentuk yang sama kanser yang membunuh ibunya. Pada saat Bara'a diberitahu mengenai diagnosis kanser nya dia tersenyum dan berkata:
“Semua pujian bagi Allah, akhirnya, saya akan bertemu Baba dan Mama.”
Sangat luar biasa melihat gadis cilik ini menyambut dan menerima keputusan Allah yang telah menimpa atasnya.

Kisah trageik Bara’a tersebar di Arab Saudi. Seorg lelaki yg Arab yg tidak mahu dikenali memutuskan untuk menghantar Bara’a ke London bg rawatan perubatan. Ketika Bara’a sedang dirawat di rumah sakit di London ia ditemubual oleh stesen TV Mesir, yang disebut al-Hafiz TV. Dia diminta untuk membacakan ayat-ayat suci Al Quran utk ditayangkan dlm program khusus untuk membaca Quran. Pembacaan gadis cilik itu sgt hebat dan merdu serta sgt menyentuh hati sehingga membuatkan pengacara program tersebut menangis teresak2.

Kanser telah menular ke tubuh Bara’a. Dia menderita dan merasai keperitan dari penyakitnya. Bara’a tinggal di hospital dan kadang2 dia pengsan dan koma. Apabila terjaga dia akan terus membaca ayat2 suci Al Quran. Sebuah lagi stesyen TV menemubual Bara’a melalui telefon dan memintanya untuk membaca sajak dan menyanyikan lagu tentang ibu, ayah dan anak-anak yatim. Dia membuatkan berjuta-juta org menangis di dunia Arab saat dia menyanyi.


Terjemahan:

O tear of the Orphan

O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan

O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so who is there for me,
to throw love around me

O tear of the Orphan
Tell them so that I may,
Get generous hands
Get generous hands
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan
Tell them the story of the young,
Who have gone to bed without guardian,
O broken tears
O tear of the Orphan
O painful letters
My dear fathers;
the speech has frozen in the mouth
And we are left with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…

Hari2 yang berlalu Bara’a terus hidup menderita. Kanser telah melarat ke kakinya. Doktor memutuskan untuk memotong kakinya dalam usaha untuk menyekat penyebaran barah. Dalam tempoh masa yang sukar ini Baraah terus membaca ayat2 suci Al Quran. Kadang2 dia koma dan apabila terjaga, dia terus membaca (mengaji) untuk memberikannya semangat bagi meneruskan hidup. Kanser merebak ke otak dan doktor memutuskan untuk melakukan operasi otak untuk menghilangkan sel-sel kanser.Allah sangat-sangat menyayangi beliau.. Dia akhirnya meninggal dunia pada 26 Jun 2010..innanillahi wainna ilaihi raaji'un..

Semoga mendapat sesuatu daripada perkongsian ini. Apa yang paling nyata buat kita adalah...benar, KEKUATAN ITU HANYA DARI ALLAH.

sumber

Kisah Menyayat Hati Berlian Yang Dilupakan++Sediakan Tisu

berlian Berlian Yang Dilupakan (Kisah Menyayat Hati)

Kisah Menyayat Hati Berlian Yang Dilupakan++Sediakan Tisu |Alkisah, diceritakan bahwa seorang lelaki yang sangat miskin sekali sampai-sampai untuk memberi makan malam dirinya saja ia tidak mampu, padahal ia masih punya tanggungan anak dan istri yang harus diberi makan.
– Sedang mengais mencari sisa-sisa makanan yang mungkin tercicir di jalan…
Secara tidak sengaja, pandangannya tertuju kepada sesuatu di sudut jalan yang ia pun tidak mengetahui apa sebenarnya sesuatu tersebut. Setelah ia mendekat, lalu mengambil sesuatu tersebut dengan tangannya, betapa terkejutnya ia bahwa yang ada di tanganya sekarang adalah berlian yang begitu indah.
Dari setiap sikunya memancarkan cahaya. Setiap orang yang melihatnya pasti akan terpesona akan keindahan berlian tersebut. Tanpa ragu dan dengan penuh rasa gembira, ia mengambil langkah seribu menuju kedai perhiasan untuk menjual berlian tersebut, dengan harapan hasilnya dapat ia gunakan untuk memenuhi keperluan sehari-hari hidupnya dan keluarganya.
Hal-hal indah terbayang sepanjang perjalananya. Harapan harapan besar tersirat dalam hatinya. Sebentar lagi ia akan membeli kemewahan tanpa peluh dengan berlian yang ada di tanganya. Seakan berjalan di atas awan, tak terasa langkah kakinya telah sampai di depan kedai perhiasan yang ia tuju. Dengan sejuta impian ia memasuki kedai perhiasan tersebut.
“Maaf cik, bolehkah saya menjual berlian ini di sini?” tanyanya kepada si penjaga kedai. “Biar saya lihat sebentar,” jawab penjaga kedai.
Setelah memperhatikan dengan penuh ketelitian penjaga kedai berkata dengan nada terkejut, “subhanallah…!!! Ini sungguh berlian yang sangat tinggi harganya, kalau seandainya aku berikan seluruh isi kedaiku kepadamu, niscaya tidak dapat menggantikan nilai berlian ini. Lebih baik engkau pergi ke kedai lain yang lebih besar dari pada kedai saya yang tidak jauh dari sini, barang kali dia boleh memberikan harga yang setara dengan berlian ini”, kata si penjaga kedai.
Dengan sedikit rasa kecewa ia meninggalkan kedai tersebut. Tapi rasa putus asa tidak sedikitpun terbesit di hati kecilnya. Karena dalam fikirannya, mungkin penjaga kedai itu tidak mahu menerima berliannya kerana takut membuat ia kecewa, di sebabkan nilai yang diberikan tidak sebanding dengan berlian yang ia miliki.
Perjalanan menggapai impian pun berlanjut hingga akhirnya ia sampai di kedai ke dua. Lalu ia masuk kedalam kedai tersebut dan melontarkan pertanyaan yang sama seperti di toko sebelumnya.
“Cik, bolehkah saya menjual berlian ini di sini?”, tanyanya kepada si penjaga kedai yang kebetulan juga lelaki.
Lalu penjaga kedai tersebut mengambil berlian itu dari tanganya.
Setelah penjaga kedai memperhatikan berlian yang ia bawa penjaga kedai tersebut juga terkejut, “masya Allah, dimana kamu menemukan berlian ini?”, tanya penjaga kedai dengan ekspresi yang sama dengan penjaga kedai pertama. “Di jalan”, jawabnya ringan.
“Wah.., kalau seandainya seluruh isi kedai ini dan bahkan dua kali gandanya saya berikan kepadamu niscaya tidak dapat menggantikan nilai berlian ini. Lebih baik engkau pergi ke kedai perhiasan di hujung jalan sana, itu adalah kedai perhiasan terbesar di kota ini, mungkin dia boleh memberimu harga yang setara untuk berlian seindah ini,” kata penjaga toko kedua seraya memberi nasihat.
Untuk kedua kalinya perasaannya hancur. Benar-benar tidak semudah yang ia bayangkan. Demi menjual satu berlian saja ia harus berkeliling-keliling kedai perhiasan. Lelah dan letih sudah bercampur aduk dengan angan.
Tapi meski demikian harapan dan impianya tidak putus di tengah jalan. Untuk kesekian kalinya ia gantungkan cita-cita kebahagianya di kedai yang ke tiga. Dengan doa terucap, semoga di kedai yang ke tiga ini berliannya dapat terjual.
Sesampainya di kedai ketiga….
“Assalamua’alaikum tuan, bolehkah saya menjual berlian ini di sini?” dengan penuh harap ia lontarkan pertanyaan tersebut diringi runtutan doa di hati.
Tapi apa yang terjadi?
Setelah ia lelah berjalan, tidak satu kedai pun yang mahu menerima berlian yang ada di tanganya. Jawapan yang ia dapat di kedai ketiga tidak jauh berbeda dengan jawapan di dua kedai sebelumnya. Bahkan kata penjaga kedai ketiga, jikalau seandainya seluruh isi kedai diberikan kepadanya di tambah tiga kali gandanya lagi tetap tidak boleh menggantikan harga berlian yang ada padanya.
Lengkap sudah penderitaanya. Berjalan tanpa alas kaki dari satu kedai ke kedai lain. Di tambah suara perut yang kelaparan ditemani dengan hausnya kerongkongan, membuatnya semakin putus asa. Ia hanya bertanya-tanya dalam hatinya, mengapa tidak ada satu kedai pun yang mahu menerima berliannya ini. Hilang sudah prasangka baik yang ada dalam hatinya. Yang ada hanya tanda tanya yang berkumul tak teratur dalam otaknya.
Lalu dari kedai ke tiga ia dianjurkan untuk datang kepada raja, mungkin raja boleh menggantikan harga berlian yang ia temukan dijalan dengan harga yang setara. Untuk terakhir kalinya ia gantungkan impiannya kepada sang raja. Dengan harapan semoga raja boleh memberikan kepadanya harga yang setara dengan berlian yang ia bawa.
Langkahnya menuju kekerajaan, tidak selincah ketika ia berjalan ke kedai pertama. Harapan yang menjadi citanya tidak sebesar angannya ketika pertama kali ia menemukan berlian tersebut. Hingga akhirnya langkahnya pun sampai di gerbang kerajaan.
Di depan gerbang kerajaan, telah berdiri dua orang pejaga gerbang yang berbadan besar. Dengan santun ia utarakan maksud dan tujuanya datang kekerajaan. Sesudah mengetahui maksud dan tujuannya, dua orang penjaga gerbang kerajaan itupun mengizinkannya masuk menemui raja.
Setelah lama ia menunggu, akhirnya sang raja pun keluar dari kamarnya yang mewah.
Dengan tutur kata yang diatur sedemikian indah, ia utarakan maksud dan tujuannya menemui paduka raja. Ia ceritakan kisah perjalananya secara singkat hingga akhirnya sampai ke kerajaan yang begitu megah.
Selesai ia bercerita, dari dalam sakunya ia tunjukkan berlian yang ia bawa ke pada paduka raja.Lalu raja mengambil berlian tersebut dengan tanganya.
Cukup lama raja memerhatikan berlian tersebut hingga akhirnya berkata, “wahai pemuda, berlian ini sungguh tidak ternilai harganya, jikalau seluruh isi kerajaan ini ku berikan kepadamu niscaya tetap tidak akan boleh menggantikannya, dimana engkau menemukan berlian ini?”, seraya menyambung perkataanya dengan pertanyaan.
“Di jalan tuanku”, jawabnya tunduk kepada raja.
“Di jalan?”, tanya raja balik dengan nada sedikit terkejut.
“Betul tuanku”, jawabnya lagi.
Lalu raja meneruskan pembicaraanya, “sungguh engkau orang yang beruntung wahai pemuda. Begini saja, bagaimana kalau sebagai gantinya akan ku berikan kepadamu kunci gudang hartaku, dan kamu ku beri waktu selama sepuluh jam untuk mengambil apa saja yang kamu sukai dan sebanyak yang kau mau dari hartaku sebagai ganti dari berlian ini?”
“sungguh tuanku?”, tanyanya balik
“Iya, sungguh, kalau engkau mahu, sekarang juga pembantuku boleh mengantar mu ke gudang hartaku yang berada tepat di belakang kerajaan ini”, jawab raja memastikan keraguan lelaki miskin tersebut.
Betapa bahagianya ia sekarang, seakan menemukan kembali lilin kehidupanya yang hampir padam untuk selamanya. Angannya kembali berkelana menelusuri setiap inci impian-impian indah yang ia miliki. Semangatnya kembali bangkit tegak bak gunung batu di dataran Yaman yang selalu di terpa badai. Prasangka buruk atas berlian itu hilang dalam sekejap.
Dengan dihantar oleh pembantu raja, ia melangkah menuju gudang tempat harta benda sang raja di simpan. Tanpa terlewatkan oleh pandangan matanya, setiap sudut kerajaan ia lalui dengan rasa kagum. Sungguh ia terheran-heran dengan kemewahan yang ada di dalam kerajaan. Bagaikan orang yang baru terjaga dari mimpi indah, tanpa terasa di hadapanya sudah berdiri angkuh pintu gudang harta sang raja. Pintu yang begitu megah menggambarkan kemewahan ruangan di balik pintu tersebut. Perlahan pintu gudang di buka.
“Krek..!! hawa sejuk bersanding dengan aroma wangian menghempas tubuhnya dengan lembut seketika pintu gudang terbuka. Perlahan ia melangkah masuk. Dan lebih takjub lagi ia setelah benar-benar berada di dalam. Sungguh pemandangan yang belum sama sekali pernah ia lihat. Emas, intan, berlian, semuanya tersusun rapi. Cawan air terbuat dari kristal seakan duduk manis di hadapannya, menunggu anggur segar akan dituangkan di dalamnya. Berbagai macam jenis makanan dan buah-buahan dengan aroma yang sangat menggoda, sudah terhidang di hadapannya.
Tapi sayangnya, mungkin karena terlalu lama ia hidup dalam kemiskinan sehingga ia tidak tahu bagaimana bergaul dengan kemewahan Terlalu lama ia menyelami kelalaian tanpa kerja keras, sehingga ia tidak tahu bagaimana menyikapi kesempatan.
Dalam ketakjubanya yang bodoh terbesit dalam fikirannya, untuk membagi waktunya yang sepuluh jam. Satu jam ia gunakan untuk mengecapi segala hidangan yang ada dan menikmati nikmatnya kehidupan kerajaan. Dan sisanya sembilan jam ia gunakan untuk mengambil seluruh harta raja yang ia inginkan. Karena dalam pikiranya Sembilan jam sudah lebih dari cukup untuk mengambil harta raja yang ia inginkan.
Detik demi detik waktu pun berjalan. Ia mengecapi satu persatu hidangan yang ada. Setelah kenyang dengan makanan, ia menuju ke peti sejuk yang sangat besar dimana tersimpan berbagai macam minuman di dalamnya. Tanpa terlewatkan satu pun, ia kecapi seluruh minuman yang ada di dalam peti sejuk tersebut. Sampai tak terasa dua jam telah berlalu, sungguh di luar dari yang ia rencanakan.
Tapi sayangnya, dalam kelalaian, kebodohannya berfikir, dia rasakan lapan jam juga lebih dari cukup untuk menampungkan semua rencananya. Setelah perutnya penuh dengan berbagai macam makanan dan minuman, otak bebalnya berusaha berorentasi dengan idea yang mungkin ia anggap cemerlang tapi sebenarnya ia hanya berakhir dengan kerugian .
Dari waktunya yang hanya tinggal lapan jam, dua jamnya ingin ia gunakan untuk terbang ke alam mimpi dengan beralaskan permadani yang sangat lembut. Sebab ia merasa terlalu lelah dan ingin memanjakan tubuhnya sejenak, sambil mengumpulkan tenaga. Hawa sejuk istana dengan aromanya yang wangi pun mempercepat penerbanganya ke alam mimpi.
Satu jam, dua jam, tiga jam, empat jam, lima jam telah berlalu, dan amat sangat di sayangkan di jam terakhir jam ke enam ia juga belum bangun dari tidurnya. Sampai akhirnya habislah waktu sepuluh jam ia lalui di dalam gudang harta sang raja.
Lalu kemudian…
“Hai orang miskin…..!!! bangun…!!! Bangun…!!! Waktumu sudah habis,” herdik pembantu raja membuatnya terjaga. Tapi ia masih setengah sadar karena tidurnya terlalu nyenyak. “Cepat bangun, waktumu sudah habis. Sudah sepuluh jam kamu di sini,” tegas si pembantu raja.
Akhirnya ia sedar juga dari tidurnya, tak terasa enam jam telah ia lalui dengan tertidur. Pengembaraanya yang indah ke alam mimpi, membuat ia mengembara ke dalam penyesalan terdalam dalam dirinya. Penyesalan kerana ia akan kembali hidup sengsara seperti sedia kala.
“Wahai tuan!!!! tolong berikan saya waktu 15 minit saja untuk saya mengambil harta raja secukupnya,” katanya memohon kepada pembantu raja.
“Tidak boleh!,” jawabnya tegas.
“Kalau lima minit bagaimana?” pintanya lagi.
“Tetap tidak boleh!, walau sedetik pun niscaya tidak akan aku berikan, raja telah bermurah hati memberikan 10 jam kepadamu. Kalau kamu belum mengambil harta raja sedikitpun, itu salah kamu. Sekarang mana yang engkau pilih, ingin keluar dari kerajaan ini secara terhormat, atau ku seret kau keluar dengan paksa?” kata si pembantu raja dengan tegas.
Dengan wajah putus harapan dan tubuh longlai seakan tak bertulang keluarlah ia dari kerajaan. Berlian yang begitu berharga, yang nilainya tidak dapat di gantikan oleh penjaga kedai pertama, kedua dan ketiga, bahkan oleh raja sekali pun, hanya ia ganti dengan makanan, yang setelah dua jam kemudian mungkin ia akan merasa lapar lagi.
Dengan minuman, yang mungkin setelah keluar dari kerajaan ia akan merasa kehausan lagi. Dan dengan tidur, yang pasti di keesokan harinya ia akan tidur lagi. Waktu yang raja berikan kepadanya ia sia-siakan begitu saja, tanpa ada bekasnya sedikit pun. Dan akhirnya, ia pun kembali miskin seperti sedia kala.
Dari cerita di atas, sedarkah kita siapa sebenarnya lelaki yang menemukan berlian berharga tersebut? Yang mana semua orang bahkan sampai raja sekalipun tidak bisa menggantikanya.
Tanpa kita sedari, lelaki tersebut adalah saya, anda, dan kita semua yang hidup di dunia ini.
Berlian yang berharga itu adalah usia yang kita miliki, yang tidak seorang pun dapat menggantikanya dengan harta berapa pun jumlahnya.
Raja yang berperanan di atas adalah Allah S.W.T yang telah memberikan kita waktu di dunia ini untuk menimba amal, menjadikan dunia ini ladang bercucuk tanam kebaikan untuk bekal kita di akhirat. Dan menjadikan setiap amalan dengan ganjarannya yang berlipat lipat.
Tapi memang mungkin kita yang kurang menyedari akan nikmat yang telah Allah S.W.T berikan. Kita yang telah terlena dengan gemerlapnya dunia sehingga lupa kemana tujuan kita sebenarnya. Kita telah mensia-siakan waktu yang Allah berikan dengan hal-hal tidak berguna seperti yang di lakukan lelaki miskin tersebut yang mana seharusnya ia bergegas ketika kesempatan itu masih lapang.
Dan pembantu raja itu adalah Izrail, sang malaikat pencabut nyawa. Jika batasan waktu hidup kita telah habis, maka ia tidak akan menunda walau sedetikpun. Ia tidak akan memberikan kita kesempatan walaupun satu kata taubat. Dan ketika nafas sudah sampai di kerongkongan maka ketika itu diperlihatkan di mana tempat duduk kita di akhirat, di syurga kah? Atau nerakakah? Mari sama-sama kita berlindung kepada Allah S.W.T agar di jauhkan dari siksaan neraka.
Akhirul kalam semoga Allah SWT memberi kita kekuatan untuk tetap beristiqomah di jalannya, menjalankan syariat-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Dan menjadikan kita sebahagian dari orang-orang yang berkata dan mengamalkan perkataannya, bukan menjadikan kita sebahagian dari orang miskin yang melalaikan kesempatan. Dengan harapan besar rahmat, taufik dan hidayah-Nya selalu tercurah kepada kita di dunia dan di akhirat. Amin…

Kisah Tauladan Wasiat Ayah Kepada Anak Sebelum Menemu Ajal


Kisah Tauladan!! Sarungkan Stokin Ke Kaki Ayah Saat Dikafankan

Kisah Tauladan Wasiat Ayah Kepada Anak Sebelum Menemu Ajal | Satu permintaan yang pelik sebenarnya apabila seorang ayah mewasiatkan kepada anaknya agar menyarungkan kakinya dengan stokin saat dikafankan. Seorang anak yang sentiasa taat dan hormat kepada ayahnya bertindak menunaikan wasiat bapanya. Namun ketika mahu menyarungkan, tindakannya itu dihalang oleh orang yang berada di situ. Persoalannya, mengapa si bapa meminta anaknya berbuat demikian?
Tersebut sebuah kisah pada zaman kegemilangan Islam dahulu, terdapat seorang tua yang cerdik, alim dan kaya raya sedang nazak dirumahnya. Beliau memanggil anak-anaknya untuk memberi peringatan terakhir. Seolah-olah mengetahui akan masa ajalnya, sebelum beliau dipanggil ke ilahi, beliau memesan kepada anak-anaknya agar setelah jenazahnya dimandikan dan disucikan kelak, sarungkanlah sebelah stokin ke kakinya sebelum dikafankan.
Tidak lama selepas itu, Si tua tersebut dipanggil untuk menghadapa ilahi. Seisi rumah menjadi suram dan bungkam. Setelah dimandikan dan disucikan, tukang mandi jenazah hendak mengangkat jenzah arwah tersebut untuk dikafankan. Si anak yang mendengar akan kata-kata terakhir ayahnya, teringat akan wasiat stokin tersebut. lantas beliau mencari stokin untuk disarungkan ke kaki bapanya.
Belum sempat disarungkan, tukang mandi jenazah membantah kerana hal seperti itu adalah tidak sma sekali dibenarkan didalam Islam. Si anak mengatakan bahawa itu adalah wasiat terakhir ayahnya dan perlu dilaksanakan walaubagaimana sekalipun. Pertengakaran tersebut dibawa kepada pandangan mufti dan ijtihad para ulama’. walau bagaimanapun, perlakuan tersebut tetap adalah dilarang didalam Islam.
Rupanya, tanpa Si anak mengetahui, ada seorang lagi tua yang kagum melihat aksinya yang begitu ta’at akan perintah bapanya. Beliau mendekati Si anak dan mula memulakan bicara.
“Wahai orang muda, aku amat kagum melihatmu yang begitu ta’at dengan permintaan bapamu, walaupun perkara tersebut adalah dilarang didalam Islam. Sebenarnya, aku adalah seorang yang diamanahkan oleh bapamu untuk memegang wasiatnya yang menyatakan bahawa segala harta dan pemilikannya adalah milikmu sekarang wahai orang muda.”
Apabila melihat si anak masih lagi terpinga-pinga, Si tua itu tersenyum dan menyambung bicaranya,
“Apa yang dilakukan olehmu merupakan satu bukti bahawa kamu masih menghormati dan menta’ati ibubapamu walaupun mereka telah tiada, satu kemuliaan yang tiada pada adik beradikmu yang lain.
Seperkara lagi, tentang stokin itu, itu adalah satu nasihat bapamu kepadamu. Lihatlah wahai orang muda, apabila bapamu telah memulakan langkah menghadap Ilahi, tiada apa pun yang dibenarkan untuk dia bawa bersama bahkan sehelai stokin, harta benda juga tidak boleh dibawa, melainkan hanya ilmu dan amalanmu untuk menghadap Yang Esa, bersedialah dari sekarang memandangkan kamu masih mempunyai banyak masa daripadaku,” -
Masya Allah, begitu hebat Si Tua yang telah meninggal tersebut, walaupun hampir hilang nyawa, masih sempat lagi untuk memeberi nasihat, bukan sahaja kepada anaknya, namun juga kepada kita semua. =) Renungkanlah…
Wallahualam

KISAH BENAR (PENGAJARAAN) AKIBAT MEMAKI HAMUN ULAMAK SEORANG LELAKI JATUH SAKIT (SEMUA KUASA ALLAH)


KISAH BENAR (PENGAJARAAN) AKIBAT MEMAKI HAMUN ULAMAK SEORANG LELAKI JATUH SAKIT (SEMUA KUASA ALLAH) |  Dulu di kampungku terdapat sebuah surau separuh batu separuh kayu, menjadi tempat warga desa mendirikan solat fardu berjamaah, sekarang surau itu sudah tiada lagi kerana di atas tapaknya dibina sebuah masjid mukim.

Waktu itu seorang imam dengan sukarela mengetuai imam solat, sekaligus mengajar fardu ain untuk warga desa terutama muslimat. Bila ada majlis tahlil, sang imam ini dijemput mengetuai pembacaan tahlil. Justeru beliau layak dikatogerikan sebagai antara tok lebai yang disegani di desa ku. 

Pada awal beliau menjadi imam dan mengajar agama kepada warga, ramai jamaah datang mengikuti kuliahnya terutama kuliah Maghrib dengan menadah kitab. Tapi tiga atau empat tahun kemudian jamaah semakin berkurangan. Ramai yang tak mahu bersolat dengan berimamkan Tok Lebai itu lagi. Mengikuti kuliahnya juga tak mahu. Akhirnya tinggal beberapa orang saja yang “malu mata” untuk melarikan diri darinya.
Bila ditanya kepada warga, mengapa kalian tak ikut bersolat di surau Tok Lebai Pakcu, masing- masing menjawab “ Tok Lebai Pakcu Paie tu dah berubah, tidak lagi seperti mula-mula dulu. Dulu bagus. Sejak akhir-akhir ini beliau kutuk Tok Guru Nik Aziz Nik Mat habis-habisan dalam kuliahnya”.
Perubahan mendadak Tok Lebai Pakcu itu kononnya setelah beliau mendapat sedikit habuan, sebelumnya tidak begitu. Ramai warga desa puji beliau. Ilmunya lumayan setakat untuk mengajar fardu ain warga desa.
Dari sehari ke sehari sumpah saranahnya kepada Tok Guru Nik Aziz semakin kuat dan lantang, sehinggalah suatu hari Tok Lebai Pakcu jatuh sakit. Permulaannya kurang selera makan, disertai dengan tak boleh bercakap.
Dibawa ke hospital, pernah tinggal di wad, tapi menurut keluarganya, doktor yang merawat memberitahu, masih belum dikenalpasti penyakit apa menyerang Tok Lebai Pakcu.
Saya sempat menjengok beliau. Saat itu tubuh badannya seperti papan sekeping, tersangat kurus. Suaranya hilang. Hanya dua biji mata bergerak-gerak sebagai tanda isyarat kepada keluarganya, meminta air.
Abang ipar saya yang kerap menziarahinya kerana kebetulan rumahnya berdekatan memberitahu; katanya kelmarin keluarga terdekat Tok Lebai Pakcu membisik kepada Pakcu “ Pakcu, kalau ambo gi minta air tawar (air doa) Tok Guru Nik Aziz lagumana, nak minum kah?. Pakcu banyak buat salah kepada dia, dok kata macam-macam kat Tok Guru, sedang Tok Guru tak buat salah apapun kepada Pakcu.”
Mendengar kata-kata keluarganya itu, serta merta terbuka biji matanya, kepalanya bergerak-gerak, seolah-olah bersetuju dengan cadangan keluarganya. Tapi saat itu Tok Lebai Pakcu hampir nazad. Beliau menutup usia beberapa jam selepas itu.
Saya tidak mahu meletakan sakit dan matinya dikeranakan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Sakit serta ajalnya sudah ditentukan Allah SWT..

Terkini..Pengakuan Seorang Pemuda Gerun Mengingati Dosa Silam