Powered by Blogger.

Tuesday, January 21, 2014

TERKINI GEMPAR BUDAK 10TAHUN CURI BERLIAN BERNILAI RM5.2 JUTA


TERKINI  GEMPAR  BUDAK 10TAHUN CURI BERLIAN BERNILAI RM5.2 JUTA
Budak Perempuan 10 Tahun Curi Berlian RM5.2 Juta di Bukit Bintang | Pihak polis kini sedang giat memburu satu sindiket yang didakwa mencuri berlian RM5.2 juta dengan menggunakan warga China yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak perempuan.


Dalam kejadian jam 3.50 petang Khamis, sindiket yang didakwa telah menjalani latihan mencuri itu menggunakan seorang kanak-kanak untuk mengambil berlian berkenaan dari sebuah galeri emas terkemuka di Bukit Bintang.

Kedai emas yang berpangkalan di London itu mempamerkan emas dan berlian yang merupakan pilihan orang kenamaan dari serata dunia.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, polis berjaya mendapatkan bukti mengenai aktiviti mencuri itu menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan berikutan itu seorang perempuan warga China dikesan sebagai ketua sindiket.

“Kami akan meningkat usaha untuk mengesan sindiket terbabit dan kami juga telah bersedia dengan gambar suspek yang merupakan petunjuk untuk mengesan mereka," katanya.


Tambahnya, siasatan awal mendapati, ketua sindiket tersebut memainkan peranan penting dengan ahlinya yang licik apabila berjaya melarikan cincin bernilai jutaan ringgit itu dalam beberapa minit selepas memasuki galeri berkenaan.

“Kami telah melakukan pemeriksaan di hotel berdekatan selain mengadakan sekatan jalan raya di kawasan itu untuk mengesan suspek," kataya.

ACP Khairi berkata, tindakan sindiket itu menggunakan kanak-kanak dalam aktiviti jenayah merupakan sesuatu yang membimbangkan.

“Kami berharap orang ramai yang mempunyai maklumat dapat menyalurkan maklumat di balai polis terdekat untuk membantu siasatan," katanya.


Dalam kejadian pada Khamis, kanak-kanak perempuan terbabit dikesan telah memberi isyarat kepada wanita yang datang bersamanya untuk melarikan diri selepas mereka berjaya mendapatkan berlian berkenaan pada jam 4.07.

Kehilangan berlian itu hanya disedari kakitangan galeri emas itu melalui CCTV.

Kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku di negara ini apabila terdapat kumpulan tempatan dikesan pernah melakukan jenayah sama beberapa tahun lalu ketika mereka berpura-pura membeli barangan kemas.

GAMBAR PELIK 10 GAMBAR HIDUPAN LAUT YANG PELIK DAN MENAKUTKAN

KISAH BENAR PENGALAMAN MENAKUTKAN SEORANG PENGALI KUBUR


KISAH BENAR PENGALAMAN MENAKUTKAN SEORANG PENGALI KUBUR
                                    
                                                SEKADAR HIASAN
 KISAH BENAR PENGALAMAN MENAKUTKAN SEORANG PENGALI KUBURR "Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor. 

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee.... seramnya. Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya ? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal'azim...

Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi... pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati ...

Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz Bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah...

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menyeberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini ? " saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM...

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah !

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang amat dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

"Johar... Johar !! " sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.

"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.

Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan...azab kubur ...itu juga benarrrr..... Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL A'LAMIN  


sumber

Monday, January 20, 2014

KISAH BENAR SERAM MAYAT BANGUN MINTA AIR MISTERI MENGEJUTKAN ORANG RAMAI



                                                            SEKADAR HIASAN  
KISAH BENAR SERAM MAYAT BANGUN MINTA AIR MISTERI MENGEJUTKAN ORANG RAMAI | Ustaz Badur bapa mertua Munir ini dalam kemalangan jalanraya tersebut. Disebabkan saya kawan baik dengan Ustaz Badur, maka kemalangan yang menimpanya itu diberitahulah oleh Munir kepada saya. Ustaz Badur terlibat dalam kemalangan itu kira-kira jam 11.00 malam semasa balik dari Taiping ke 
Kuala Lumpur. Kemalangan itu tidaklah pula teruk sangat. Dia tiga beranak dimasukkan juga ke hospital Slim river. Ustaz Badur yang teruk sedikit.

Malam itu saya minta maaf kepada Munir kerana tidak dapat pergi ke hospital Slim river melawat Ustaz Badur. Sebenarnya dia pun bukanlah hendak mengajak saya ke hospital di Slim river , cuma untuk memberitahu saja mengenai kemalangan yang menimpa Ustaz Badur. Dia tahu benar hubungan baik saya dengan Ustaz Badur hingga kalau saya datang ke rumahnya, saya tidak akan silu-silu terus masuk sampai ke dapur.

Seminggu kemudian baru saya melawat Ustaz Badur di rumahnya di Segambut. Ketika saya sampai dahi Ustaz Badur masih melecet dan bawah matanya kelihatan lebam biru. Manakala Mak Seha isteri Ustaz Badur terbaring tidak boleh bangun kerana sesak nafas sejak kemalangan. Dia tidak boleh duduk lama-lama kerana badannya pun gemuk sedikit. Anaknya yang berumur 12 tahun bernama Zaqlul bersimen tangan, tetapi dia tersengih-sengih bila ditanya mengenai kemalangan tersebut.

“Ho, seronoknya Ustaz, macam hero jatuh tunggang balik” dia memberitahu dengan ketawa.

“Dekat selekoh belum sampai Tanjung Malim kalau dari sini, di situlah” Ustaz Badur memberitahu. “Kalau nak cerita, nanti orang tak percaya. Ustaz pun tahulah, orang sekarang ni mana nak percaya cerita-cerita lembaga halus ni. Mereka kata tahyol” ujarnya mencebikkan bibir.

“Mak Seha tak boleh bangun, baring aje laa” saya menegur Mak Seha kerana dia terkial-kial bangun hendak sama bercerita.

“Sikit-sikit boleh juga bangun Ustaz” kata Mak Seha gagahi juga untuk duduk. Dia memang tidak senang diam kalau saya berkunjung ke rumahnya. Ada saja yang dihidangkannya, terutama kalau waktu makan nasi. Sekiranya saya bergurau bertanyakan mana ulam, dia akan cepat-cepat pergi ke belakang rumah mengambil pucuk gajus. Cepat-cepat pula menumbuk sambal belacan perah asam limau. Ustaz Badur pula membakar petai, kerana petai bakar lebih sedap dibuat ulam katanya.

Hubungan mesra antara saya dengan Ustaz Badur dan keluarganya ini sudah terlalu rapat betul. Kadangkala kalau saya lama tidak datang ke rumahnya baik Ustaz Badur mahupun Mak Seha mula menyuruh menantunya Munir menelefon saya. Munir pula memang berkawan rapat dengan saya sebelum itu lagi, dan dia akan memberitahu saya bapa mertuanya berpesan suruh datang ke rumah.

“Lari tak laju Ustaz” beritahu Mak Seha termengah-mengah juga menahan sakit di dada. “Entah macam mana boleh terbabas, tapi memang makcik nampak macam ada perempuan melintas masa tu. Jadi, fasal itulah agaknya orang tua ni tak dapat kawal kereta” jelasnya mengingat-ngingatkan peristiwa tersebut.

“Hah, itulah puncanya. Bukan saya aje yang nampak, makcik ni pun nampak” ujar Ustaz Badur meramas-ramas lengannya yang masih sengal-sengal. “Saya nampak perempuan pakai baju serba putih melintas jalan, jadi fasal saya nak elakkan dia kereta saya terbabas” kata Ustaz Badur menunjukkan sikunya, lengannya, dan dadanya yang luka dan melecet.

“Saya pun nampak, Ustaz” Zaqlul pula menyampuk. “Saya yang pekik kat ayah, tanya siapa yang melintas” dia tersengih-sengih juga.

Itulah pengalaman Ustaz Badur. Kalau mahu dikatakan mengantuk hingga keliru terpandangkan di tengah jalan ada perempuan memakai serba putih melintas, masakan isterinya Mak Seha dan anaknya Zaqlul juga ternampak lembaga yang sama. Ustaz Badur tidak mengantuk, apa yang dilihatnya itu memang pernah dilihat oleh pemandu-pemandu lain ketika melalui jalan tersebut.

Walaupun di situ memang banyak selekoh tetapi keadaannya tidaklah merbahaya sangat kalau dalam suasana biasa. Tetapi apabila ada gangguan pemandu-pemandu tidak akan dapat mengawal kereta. Perkara yang sama berlaku juga pada seorang kawan saya dalam perjalanannya mahu balik ke Johor, melalui jalan Mantin di Seremban. Tiba-tiba saja kereta yang dipandunya stereng keras tidak dapat dipulas lagi. Akhirnya keretanya terus menjunam ke dalam gaung iaitu selekoh sebelum sampai ke Beranang.

Pada malam itu Ustaz Badur balik dari Taiping setelah menghadiri majlis perkahwinan saudaranya. Disebabkan dia orang berniaga, terpaksalah dia balik juga ke Kuala Lumpur kira-kira jam 6.00 petang. Dia berhenti juga di pertengahan jalan untuk sembahyang Maghrib dan Isyak. Di Ipoh dia berhenti juga untuk makan. Hanya apabila sampai berhampiran Tanjung Malim, dia merasa angin bertiup sejuk. Hujan turun renyai-renyai. Mak Seha mengingatkan Ustaz Badur supaya tidak membawa kereta laju, kerana dia sudah mendengar mengenai jalan selepas Tanjung malim itu sering orang bertemu lembaga memakai serba putih berdiri di tengah jalan.

Kadangkala lembaga itu duduk pada cermin kereta menyebabkan pandangan tertutup. Ustaz Badur pula tidaklah berdiam diri saja, dia membacakan juga ayat-ayat suci Al-Quran yang terlintas di kepalanya semasa memandu itu. Sementara Zaqlul duduk di belakang tidaklah tidur, walaupun usianya masih anak-anak. Memang dia sukar tidur kalau di dalam kereta.

Hujan renyai-renyai turun tidak berhenti sehingga sampai ke tol. Selepas tol, Ustaz Badur bercadang mahu singgah dulu di pekan Tanjung Malim untuk berhenti minum kopi, tetapi Mak Seha tidak mahu.

“Dah dekat nak sampai, buat apa berhenti lagi” ujarnya membantah, kerana dia mahu segera sampai ke rumah. Zaqlul juga bersetuju dengan emaknya. Dia tidak mahu berhenti minum terlebih dulu. “Banyak minum nanti banyak kencing” katanya nakal.

Disebabkan anak dan isterinya tidak mahu berhenti, Ustaz Badur pun tidak merasa seronok untuk singgah di Tanjung Malim.

“Kalau awak nak berhenti minum, berhentilah dulu. Nanti kempunan pulak” Mak Seha mengingatkan dia.

“Ah, aku seorang minum buat apa” rungut Ustaz Badur. Setakat dia seorang mahu minum kopi buat apa singgah di pekan Tanjung Malim yang terpaksa menyimpang jauh ke dalam sedikit. Lebih baik berhenti di gerai-gerai yang ada di tepi jalan. Dia mahu singgah di pekan Tanjung Malim kerana mahu mencari kuih pau yang terkenal di Tanjung Malim itu. Melepasi kawasan perkampungan, tibalah di selekoh yang gelap. Kiri kanannya pokok-pokok getah yang rimbun menjadikan kawasan di situ bagaikan diserkup. Hujan renyai-renyai masih turun, tetapi jalan tidaklah begitu licin. Sampai di kawasan selekoh itu Ustaz Badur tidaklah memecut sangat. Lagipun orang tua sepertinya memang tidak suka membawa kereta laju.

“Eh, apa yang putih tengah jalan tu ayah” Zaqlul menudingkan jari telunjuk ke hadapan.

“Orang nampaknya tu…” Mak Seha tergamam sedikit. “Orang gila ke agaknya, merayau tengah malam macam ni” rungutnya apabila nampak lembaga berpakaian serba putih mara menuju ke kereta.

Ustaz Badur cuba menekan brek, tetapi terasa breknya tidak mencengkam. Dia menjadi kelam kabut kerana brek sudah ditekan kuat, tetapi tidak memberi bekas. Kereta semakin hampir dengan lembaga berkenaan. Mahu tidak mahu dia terus merempuh, dan merasa keretanya bukan melanggar lembaga tadi sebaliknya menerpa ke tebing. Semasa keretanya terbabas, Ustaz Badur lama terduduk di bangku depan. Dia tidak tahu apa sudah berlaku. Hendak dikatakan pengsan tidak pula, kerana dia sedar apa yang berlaku ketika itu. Dia tahu Zaqlul yang mula-mula keluar dari kereta dan memanggilnya.

Mak Seha juga tergamam. Dadanya tersendal ke depan, tetapi dia juga tidaklah pengsan. Dia masih ingat Zaqlul memanggil-manggilnya suruh keluar. Dalam hujan renyai-renyai itulah Zaqlul menahan sebuah kereta yang sedang hendak menuju ke Ipoh. Dengan bantuan pemandu kereta itulah mereka bertiga dibawa ke hospital Tanjung Malim. Ketika ini Zaqlul tidak sedar bahawa tangannya patah semasa kereta terhumban ke tebing.

Setelah sampai di hospital barulah dia merasa tangannya sakit. Pemandu yang menolongnya itulah juga yang menelefon menantunya Munir memberitahu tentang kemalangan tersebut.

“Mujurlah juga ada orang mahu menolong saat-saat begini” ujar saya sambil melihat kesan melecet pada dahi Ustaz Badur.

“Orang tua macam saya ni, tentulah dia orang nak tolong. Lagipun inilah sebahagian dari pertolongan Allah juga” katanya perlahan.

Memang pada zahirnya kita melihat makhluk yang membantu kita dalam kesusahan demikian, tetapi sebenarnya hati makhluk itu digerakkan oleh Allah supaya memberikan pertolongan. Inilah dimaksudkan oleh Ustaz Badur pertolongan dari Allah itu. Bagaimana kisah dia terserempak lembaga berpakaian serba putih di Tanjung Malim, hingga menyebabkan keretanya terbabas itu tidaklah mendebarkan sangat hatinya. Masa ini dia sempat membaca Qulhuallah beberapa kali. Sebab itu dia dapat merasakan kemalangan yang menimpanya itu tidaklah berat. Biasanya kalau kereta terbabas di situ jarang orangnya selamat. Kalau tidak pun kereta akan remuk teruk terhumban ke bawah ke bawah gaung.

Malah semasa Zaqlul keluar dari kereta, memang Ustaz Badur membaca Fatihah 17 kali, diikuti dengan Ayat Kursi 17 kali dan Surah Yassin. Dalam masa inilah Zaqlul menahan sebuah kereta yang dalam perjalanan menuju ke Ipoh. Pemandu kereta itu berbangsa CIna, telah menolong Ustaz Badur sehingga semua kesnya selesai. Kira-kira jam 3.00 pagi, barulah lelaki Cina itu meneruskan perjalanannya ke Ipoh.

“Begitulah Allah memberi pertolongan” kata Ustaz Badur tersenyum. “Tiba-tiba saja lelaki Cina itu lalu, dan terus bersusah payah menolong saya. Kalau kita benar-benar beriman kepada Allah, kita akan sedar bahawa itulah pertolongan Allah yang sebenar-benarnya” dia menjelaskan dengan terharu.

Saya mengangguk-ngangguk kepala. Tidak hairan kepada saya mengapa Ustaz Badur berkata demikian, kerana orang yang bertaqwa kepada Allah sentiasa bersyukur di atas segala pertolongan yang diterimanya dari Allah. Kita berterima kasih kepada orang yang menolong, tetapi bersyukur kepada Allah kerana kudrat dan iradatNya jua menyebabkan orang tersebut datang memberikan pertolongan.

Kadangkala inilah yang disalahertikan oleh mereka yang ingin mempelajari ilmu. Saya pernah didatangi oleh seorang pemuda yang beriya-iya sangat mahu mendapatkan ilmu yang boleh mengalahkan musuh. Saya memberitahunya bahawa tudak ada ilmu itu pada saya.

“Kenalah awak cari orang lain untuk berguru, kerana saya tidak pernah belajar ilmu macam tu” kata saya. “Kalau awak mahu kalahkan musuh, janganlah cari musuh” ujar saya sengaja bergurau.

“Tapi Ustaz, kalau kemenyan sebesar lutut tak dibakar, mana nak ada bau” dia masih mendesak mahukan saya mengajar dia, sedangkan saya sebetulnya tidak ada ilmu sedemikian.

Disebabkan dia bersungguh-sungguh sangat mendesak, saya pun menyuruh dia hafalkan doa Haikal. Tidak lama kemudian dia datang memberitahu bahawa doa yang saya ajarkan itu tidak memberi bekas, kerana dia telah diserbu oleh beberapa orang lelaki.

“Dia pukul awak?” tanya saya.

Pemuda itu menggeleng kepala. “Tetapi dia mengancam mahu memukul saya” ujarnya macam kesal.

“Apa salah awak?” soal saya lagi.

“Dia tuduh saya ganggu adik perempuannya” beritahunya masih tidak puas hati kerana dia menuduh saya mengajar doa yang bukan dihajatinya.

Pemuda itu memberitahu dia telah dikepung oleh 7 orang pemuda, masing-masing ada membawa senjata. Dia balik dari menghantar seorang gadis yang baru dikenalinya, tetapi salah seorang pemuda itu mendakwa wanita itu adiknya, dan seorang lagi tunangnya. Dalam keadaan tergamam dia membacakan doa yang saya ajarkan itu. Tidak lama kemudian 7 orang pemuda itu pun pergi meninggalkan dengan memberi amaran supaya jangan mengganggu gadis berkenaan. Pada sangkaan pemuda itu apabila dibacakan doa tersebut, maka 7 orang pemuda yamg mengepungnya itu akan terpelanting seperti daun-daun kering ditiup angin.

“Sepatutnya awak bersyukur kepada Allah, kerana pemuda itu tidak jadi memukul awak” saya mengingatkan dia bahawa pertolongan Allah selalunya datang secara tidak kita sedari. “Kalau awak nak tengok dia terpelanting, itu bukan kuasa kita” kata saya seterusnya.

Itulah yang saya katakan bahawa orang yang tidak mengerti apa itu pertolongan Allah sukar untuk saya memberitahunya. Terutama pemuda-pemuda yang ghairah mahu mendapatkan ilmu kebatinan, mereka merasa apabila dibacakan doa-doa tertentu maka musuh yang dihadapi akan terpelanting atau sebagainya. Yang penting kita jangan mencari musuh, kalau kita tidak mencari musuh tentulah diri kita tidak ada musuh. Anehnya, mereka mencari ilmu kerana mahu menentang musuh, bukannya untuk berserah diri kepada Allah. Sebab itulah saya bersetuju dengan Ustaz Badur bahawa dia sentiasa bersyukur, walaupun mendapat kemalangan jalanraya ketika itu. Dia bersyukur kerana tidak menderita akibat kemalangan itu, di samping ada pula orang yang mahu menolongnya ketika itu.

“Terserempak lembaga tu, tak pelik sangat pada saya Ustaz” beritahu Ustaz Badur tersenyum. “Ada lagi yang pelik kalau Ustaz nak dengar” katanya mengingatkan sesuatu.

Inilah yang seronoknya kalau saya bertemu Ustaz Badur. Ada saja cerita yang hendak dicakapkan kepada saya. Dia memang kaya dengan pengalaman, malah pernah kena tahan oleh British sebelum merdeka dulu kerana penglibatannya dalam gerakan Islam, tetapi pihak British menuduhnya sebagai puak pelampau. Lama juga dia ditahan di Melaka, sebelum dipindahkan ke Morib. Dalam masa dahinya masih lebam-lebam akibat kemalangan jalanraya itu, dia masih bersemangat mahu menceritakan dengan saya mengenai pengalamannya yang lain.

“Ustaz nak cakap fasal kena tahan dulu?” tanya saya mengusiknya.

“Eh mana boleh kisah macam tu juga. Kisah tu dah habis dah, negeri kita dah merdeka, buat apa kenang lagi kisah tu” dia tersengih-sengih, kerana saya selalu mengusiknya untuk mengetahui kisah-kisah dirinya semasa ditahan oleh British dulu.

KISAH SEDIH SEORANG PELAJAR 12 TAHUN DI ROGOL 8 LELAKI


            GAMBAR: Kisah Sedih Pelajar Darjah Enam Dirogol Lapan Lelaki Bergilir-Gilir
                                              sekadar hiasan               
KISAH SEDIH SEORANG PELAJAR 12 TAHUN DI ROGOL 8 LELAKI | AHLI keluarga seorang remaja bawah umur yang dirogol lapan pelajar sekolah menafikan mangsa merelakan dirinya disetubuhi sebaliknya dipaksa dan dicederakan.
Sepupu mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa yang sebenarnya baru berusia 12 tahun diugut dan dicederakan sebelum dirogol.
“Dia dibawa ke kawasan rumah kosong di Jalan Rampaisari oleh kelapan-lapan lelaki terbabit sebelum salah seorang menutup matanya dengan kain dan dibawa ke tingkat atas rumah tersebut.
“Ketika itu lelaki terbabit membuka baju, seluar dan meraba lalu merogolnya secara bergilir-gilir,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di sini semalam.
Menurut sepupu mangsa turut ditemani bapa tiri dan ibu saudaranya, mangsa dirogol dua kali di rumah kosong berlainan hanya selang 30 minit selepas itu.
Menurutnya, mangsa cuba menjerit tetapi mulutnya ditekap tangan suspek.
“Dalam jam 8.05 pagi kelapan-lapan lelaki itu sekali lagi membawanya ke sebuah lagi rumah kosong di kawasan sama.
“Dia cuba melarikan diri ketika dibawa ke rumah tersebut tetapi diekori rapat oleh lelaki terbabit. Setibanya di rumah itu, dia diraba dan dirogol bergilir-gilir oleh tujuh lelaki,” katanya.
Menurutnya, setelah itu mangsa ditinggalkan bersendirian di rumah kosong tersebut.
Katanya, mangsa keluar dari rumah itu dan menuju ke surau berdekatan untuk mencuci pakaian dan ketika itulah seorang lelaki memanggil dan mendekati mangsa sebelum dibawa ke balai polis.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian itu berlaku pada 20 September lalu di sebuah lokasi seperti dimaksudkan sepupu mangsa dan jaraknya hanya kira-kira 100 meter daripada surau berkenaan.
Sepupu mangsa menjelaskan, mangsa keluar rumah pada 19 September lebih kurang jam 9 pagi ke rumah rakannya Jalan Rampaisari 3E, Bandar Sungai Buaya.
Menurutnya, mangsa berada bersama rakannya sehingga petang dan tidak pulang ke rumah.
Katanya, pada keesokannya, lebih kurang jam 7.30 pagi ketika mangsa berada di sekitar kawasan rumah rakannya itu, mangsa telah diajak oleh lapan lelaki ke rumah kosong di jalan yang sama dan ketika itulah kejadian tersebut berlaku.
Tambah sepupu mangsa lagi, gadis itu turut mengalami kecederaan dan kesan lebam pada tangan dipercayai dipijak dan jari-jemarinya kehitaman kerana cuba bertahan dan menahan kesakitan.
“Dia turut mengadu sakit di kepala kerana dihentak pada batang paip PVC.
“Tangannya lebam-lebam kerana dikasari dan dia ada katakan perutnya turut disepak,” katanya.
Sementara itu, menurut ahli keluarga mangsa yang lain, mereka mengakui mangsa tidak hadir ke sekolah tetapi bukan sengaja sebaliknya mengambil keputusan untuk tidak hadir kerana menemani ibunya yang mahu bersalin.
Menurut mereka, selesai Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), mangsa tidak lagi ke sekolah kerana menemani ibunya di hospital.
“Sebab itu dia tidak ada pakaian lain untuk digunakan.
“Dia berulang-alik ke hospital untuk menemani ibunya yang ketika itu hanya menunggu masa bersalin,” kata seorang ibu saudara mangsa.
Katanya, ibu mangsa selamat melahirkan anak perempuan pada jam 3 pagi, 24 September di Hospital Selayang.
Ahli keluarga mangsa turut diberitahu kesemua lapan suspek direman sehingga 27 September bagi proses siasatan.
Difahamkan, mangsa hadir ke IPD Hulu Selangor petang semalam untuk siasatan lanjut dan proses pengecaman kesemua suspek.
Namun, suspek yang dikatakan hadir untuk proses pengecaman itu tidak kelihatan sehingga jam 9 malam semalam

KISAH BENAR SEORANG ANAK PEREMPUAN GODA BAPA SENDIRI UNTUK MELAKUKAN PEKARA TERKUTUK


                                    
                                                         sekadar  hiasan

KISAH BENAR SEORANG ANAK PEREMPUAN GODA BAPA SENDIRI UNTUK MELAKUKAN PEKARA TERKUTUK | Hati pakcik makin hari makin resah. Anak gadis sulung pakcik, Julie (bukan nama sebenar) sering pulang lewat ke rumah.
Dia juga sudah tidak berminat untuk belajar sehingga memaksa pakcik menghentikannya daripada sekolah.
Puas pakcik menegur dan memarahi anak pakcik itu tetapi ia berlalu bagaikan mencurah air di daun keladi, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.
Lebih membimbangkan, apabila beberapa orang rakan sekerja pakcik memberitahu yang mereka pernah terserempak dengan Julie di salah sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang.
Menurut mereka, pakaian Julie ketika itu sangat seksi dan sedang berpelukan dengan lelaki bukan Melayu.
Walaupun jauh di sudut hati pakcik tidak mahu mempercayai kata rakan-rakannya itu, tetapi pakcik sedar sesuatu harus dilakukan, bak kata pepatah kalau tidak ada angin, mana mungkin pohon bergoyang.
Oleh kerana tidak mahu membuat tuduhan melulu, pakcik mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri pergerakan anak gadis pakcik itu.
Pakcik akhirnya akur. Sesuatu harus dibuat sebelum nasi menjadi bubur.
Suatu malam ketika sedang menonton televisyen di rumah bersama isteri, pakcik tercium bau wangi.
Ketika itu pakcik lihat Julie sudah siap bersolek dan berpakaian seolah-olah hendak pergi ‘party’.
Setelah ditanya berkali-kali, akhirnya Julie mengaku hendak ke disko bersama teman lelakinya.
Apalagi mengamuk sakanlah pakcik!
Pakcik marah Julie semahu-mahunya.
Nasib baiklah isteri pakcik cepat meredakan suasana, kalau tidak sudah pasti pipi Julie melekat dengan penampar sulung pakcik.
“Sejak itulah agaknya dia mula sakit hati dan memasang dendam terhadap pakcik,” katanya pada aku yang menemubualnya di bilik rekod Penjara Kajang.
Menurutnya, selepas insiden itu perangai Julie tiba-tiba berubah menjadi baik dan tidak lagi berani keluar malam.
Sebagai bapa, katanya, siapa yang tidak gembira dengan perubahan itu.
Namun yang agak menghairankannya ialah Julie semakin manja dengannya.
Bahkan adakalanya Julie yang berumur 15 tahun itu tidak segan silu tidur di atas ribanya, mengurut kakinya dan pernah satu ketika membelai-belai rambutnya.
Pun begitu dia dan isterinya langsung tidak menaruh sebarang syak wasangka terhadap kelakuan anak mereka.
Sehinggalah pada suatu hari sewaktu dia tinggal berdua dengan anaknya itu di rumah mereka.
Ketika itu isterinya sudah keluar ke pejabat.
Tiba-tiba pakcik terdengar suara sayup-sayup memanggil namanya.
“Abah, masuk kejap dalam bilik,” kata Julie.
Pakcik yang tidak menyangka sebarang keburukan akan berlaku, terus ke bilik Julie.
Alangkah terperanjatnya pakcik sewaktu masuk ke dalam bilik tersebut, kerana anak perempuan pakcik itu hanya memakai coli dan seluar ketat getah berwarna hitam.
Belum sempat dia berkata apa-apa, tiba-tiba Julie merangkul tubuh dan mencium bibirnya dengan rakus.
Serentak dengan itu juga Julie melondehkan seluarnya dan berlakulah perbuatan terkutuk antara bapa dan anak kandung sendiri.
“Walaupun ia merupakan dosa besar tetapi iman pakcik ketika itu terlalu lemah, pakcik tewas dengan nafsu sendiri sehingga tidak mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
“Yang menghairankan pakcik, sewaktu tengah `bersama’ tiba-tiba ada suara halus yang berbisik di telinga, ia seolah-olah memberitahu yang pakcik sudah jauh terpesong.
“Pakcik yang terkejut dengan suara itu terus menolak tubuh Julie dan menyarungkan semula pakaian pakcik. Dalam erti kata lain `kejadian’ itu berlaku tidak sampai tiga minit,” katanya.
Menurut pakcik, anak gadisnya ketika itu hanya ketawa manja melihat kelakuannya, malah sempat merengek agar `permainan’ yang terhenti itu disambung semula.
Dia bagaimanapun tidak menghiraukan pujukan Julie dan terus keluar dari rumah.
Semuanya berjalan seperti biasa selepas hari itu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Bagaimanapun ketika dia pulang kerja pada suatu malam, isterinya tiba-tiba menangis sambil memberitahu yang Julie mengaku telah mengandung tiga bulan, dan menuduh dia sebagai orang yang bertanggung jawab ke atas perbuatan terkutuk itu.
“Akhirnya baru pakcik tahu yang Julie sebenarnya sudah memasang perangkap untuk mengenakan pakcik, setelah teman lelakinya bertindak meninggalkannya.
“Julie yang memang berdendam dengan pakcik merasakan inilah saat terbaik untuk membalas dendam kesumatnya itu.
“Pun begitu pakcik yang paling bersalah dalam hal ini, pakcik sepatutnya melindungi Julie ke jalan yang benar dan bukannya tewas dalam perangkapnya,” kata pakcik.
Setelah dihadapkan ke mahkamah, dia terus mengaku salah dan dikenakan penjara selama 10 tahun dan 12 sebatan.
Dia yang baru menjalani hukuman penjara selama dua tahun itu bagaimanapun kini sedang merayu kepada mahkamah agar hukuman sebat itu dikurangkan seminimum mungkin.
Ujarnya, dia mungkin tidak mampu menahan azab sebatan itu kerana usianya kini sudah mencecah 49 tahun.
Dia turut menasihatkan ibu bapa supaya meluangkan lebih masa dengan anak-anak dan pada masa yang sama jangan terlalu memberikan kebebasan kepada mereka.
“Pakcik terlalu menyesal dengan kejadian ini tetapi ia sudah tidak berguna lagi.
“Pakcik juga tidak tahu adakah dosa saya akan diampunkan kerana binatang sendiri pun tidak sanggup menodai anaknya sendiri.
“Kepada Julie, abah minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki di atas apa yang berlaku ini,” katanya.
Sebelum kami menamatkan perbualan penulis ada bertanyakan isterinya tetapi pakcik berkata: “Baru-baru ini dia ada menghantar surat untuk bercerai… pakcik belum memikirkannya tetapi pakcik tahu lambat laun pakcik terpaksa juga melepaskannya.

Koleksi Gambar Anak Kucing Merajuk Yang Sangat Cool

Masih ingat dengan post Koleksi Gambar Anak Kucing Merajuk Yang Sangat Cool yang pernah kami post dulu? Seperti yang dijanjikan, dalam post kali ini kami nak kongsikan lebih banyak gelagat comel kucing Shiro yang suka tidur bersepah dan senyum lebar masa dia tidur. Untuk pengetahuan, Shironeko bermaksud kucing putih jadi tak kisah la nak panggil dia Shiro ke Shironeko ke haha. Semoga gambar-gambar kucing Shiro ini mampu untuk menceriakan anda dan membuatkan anda tersenyum lebar macam dia.-sumber