Powered by Blogger.

Tuesday, January 21, 2014

KISAH BENAR PENGALAMAN MENAKUTKAN SEORANG PENGALI KUBUR


KISAH BENAR PENGALAMAN MENAKUTKAN SEORANG PENGALI KUBUR
                                    
                                                SEKADAR HIASAN
 KISAH BENAR PENGALAMAN MENAKUTKAN SEORANG PENGALI KUBURR "Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor. 

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee.... seramnya. Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya ? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal'azim...

Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi... pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati ...

Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz Bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah...

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menyeberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini ? " saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM...

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah !

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang amat dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

"Johar... Johar !! " sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.

"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.

Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan...azab kubur ...itu juga benarrrr..... Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL A'LAMIN  


sumber

Monday, January 20, 2014

KISAH BENAR SERAM MAYAT BANGUN MINTA AIR MISTERI MENGEJUTKAN ORANG RAMAI



                                                            SEKADAR HIASAN  
KISAH BENAR SERAM MAYAT BANGUN MINTA AIR MISTERI MENGEJUTKAN ORANG RAMAI | Ustaz Badur bapa mertua Munir ini dalam kemalangan jalanraya tersebut. Disebabkan saya kawan baik dengan Ustaz Badur, maka kemalangan yang menimpanya itu diberitahulah oleh Munir kepada saya. Ustaz Badur terlibat dalam kemalangan itu kira-kira jam 11.00 malam semasa balik dari Taiping ke 
Kuala Lumpur. Kemalangan itu tidaklah pula teruk sangat. Dia tiga beranak dimasukkan juga ke hospital Slim river. Ustaz Badur yang teruk sedikit.

Malam itu saya minta maaf kepada Munir kerana tidak dapat pergi ke hospital Slim river melawat Ustaz Badur. Sebenarnya dia pun bukanlah hendak mengajak saya ke hospital di Slim river , cuma untuk memberitahu saja mengenai kemalangan yang menimpa Ustaz Badur. Dia tahu benar hubungan baik saya dengan Ustaz Badur hingga kalau saya datang ke rumahnya, saya tidak akan silu-silu terus masuk sampai ke dapur.

Seminggu kemudian baru saya melawat Ustaz Badur di rumahnya di Segambut. Ketika saya sampai dahi Ustaz Badur masih melecet dan bawah matanya kelihatan lebam biru. Manakala Mak Seha isteri Ustaz Badur terbaring tidak boleh bangun kerana sesak nafas sejak kemalangan. Dia tidak boleh duduk lama-lama kerana badannya pun gemuk sedikit. Anaknya yang berumur 12 tahun bernama Zaqlul bersimen tangan, tetapi dia tersengih-sengih bila ditanya mengenai kemalangan tersebut.

“Ho, seronoknya Ustaz, macam hero jatuh tunggang balik” dia memberitahu dengan ketawa.

“Dekat selekoh belum sampai Tanjung Malim kalau dari sini, di situlah” Ustaz Badur memberitahu. “Kalau nak cerita, nanti orang tak percaya. Ustaz pun tahulah, orang sekarang ni mana nak percaya cerita-cerita lembaga halus ni. Mereka kata tahyol” ujarnya mencebikkan bibir.

“Mak Seha tak boleh bangun, baring aje laa” saya menegur Mak Seha kerana dia terkial-kial bangun hendak sama bercerita.

“Sikit-sikit boleh juga bangun Ustaz” kata Mak Seha gagahi juga untuk duduk. Dia memang tidak senang diam kalau saya berkunjung ke rumahnya. Ada saja yang dihidangkannya, terutama kalau waktu makan nasi. Sekiranya saya bergurau bertanyakan mana ulam, dia akan cepat-cepat pergi ke belakang rumah mengambil pucuk gajus. Cepat-cepat pula menumbuk sambal belacan perah asam limau. Ustaz Badur pula membakar petai, kerana petai bakar lebih sedap dibuat ulam katanya.

Hubungan mesra antara saya dengan Ustaz Badur dan keluarganya ini sudah terlalu rapat betul. Kadangkala kalau saya lama tidak datang ke rumahnya baik Ustaz Badur mahupun Mak Seha mula menyuruh menantunya Munir menelefon saya. Munir pula memang berkawan rapat dengan saya sebelum itu lagi, dan dia akan memberitahu saya bapa mertuanya berpesan suruh datang ke rumah.

“Lari tak laju Ustaz” beritahu Mak Seha termengah-mengah juga menahan sakit di dada. “Entah macam mana boleh terbabas, tapi memang makcik nampak macam ada perempuan melintas masa tu. Jadi, fasal itulah agaknya orang tua ni tak dapat kawal kereta” jelasnya mengingat-ngingatkan peristiwa tersebut.

“Hah, itulah puncanya. Bukan saya aje yang nampak, makcik ni pun nampak” ujar Ustaz Badur meramas-ramas lengannya yang masih sengal-sengal. “Saya nampak perempuan pakai baju serba putih melintas jalan, jadi fasal saya nak elakkan dia kereta saya terbabas” kata Ustaz Badur menunjukkan sikunya, lengannya, dan dadanya yang luka dan melecet.

“Saya pun nampak, Ustaz” Zaqlul pula menyampuk. “Saya yang pekik kat ayah, tanya siapa yang melintas” dia tersengih-sengih juga.

Itulah pengalaman Ustaz Badur. Kalau mahu dikatakan mengantuk hingga keliru terpandangkan di tengah jalan ada perempuan memakai serba putih melintas, masakan isterinya Mak Seha dan anaknya Zaqlul juga ternampak lembaga yang sama. Ustaz Badur tidak mengantuk, apa yang dilihatnya itu memang pernah dilihat oleh pemandu-pemandu lain ketika melalui jalan tersebut.

Walaupun di situ memang banyak selekoh tetapi keadaannya tidaklah merbahaya sangat kalau dalam suasana biasa. Tetapi apabila ada gangguan pemandu-pemandu tidak akan dapat mengawal kereta. Perkara yang sama berlaku juga pada seorang kawan saya dalam perjalanannya mahu balik ke Johor, melalui jalan Mantin di Seremban. Tiba-tiba saja kereta yang dipandunya stereng keras tidak dapat dipulas lagi. Akhirnya keretanya terus menjunam ke dalam gaung iaitu selekoh sebelum sampai ke Beranang.

Pada malam itu Ustaz Badur balik dari Taiping setelah menghadiri majlis perkahwinan saudaranya. Disebabkan dia orang berniaga, terpaksalah dia balik juga ke Kuala Lumpur kira-kira jam 6.00 petang. Dia berhenti juga di pertengahan jalan untuk sembahyang Maghrib dan Isyak. Di Ipoh dia berhenti juga untuk makan. Hanya apabila sampai berhampiran Tanjung Malim, dia merasa angin bertiup sejuk. Hujan turun renyai-renyai. Mak Seha mengingatkan Ustaz Badur supaya tidak membawa kereta laju, kerana dia sudah mendengar mengenai jalan selepas Tanjung malim itu sering orang bertemu lembaga memakai serba putih berdiri di tengah jalan.

Kadangkala lembaga itu duduk pada cermin kereta menyebabkan pandangan tertutup. Ustaz Badur pula tidaklah berdiam diri saja, dia membacakan juga ayat-ayat suci Al-Quran yang terlintas di kepalanya semasa memandu itu. Sementara Zaqlul duduk di belakang tidaklah tidur, walaupun usianya masih anak-anak. Memang dia sukar tidur kalau di dalam kereta.

Hujan renyai-renyai turun tidak berhenti sehingga sampai ke tol. Selepas tol, Ustaz Badur bercadang mahu singgah dulu di pekan Tanjung Malim untuk berhenti minum kopi, tetapi Mak Seha tidak mahu.

“Dah dekat nak sampai, buat apa berhenti lagi” ujarnya membantah, kerana dia mahu segera sampai ke rumah. Zaqlul juga bersetuju dengan emaknya. Dia tidak mahu berhenti minum terlebih dulu. “Banyak minum nanti banyak kencing” katanya nakal.

Disebabkan anak dan isterinya tidak mahu berhenti, Ustaz Badur pun tidak merasa seronok untuk singgah di Tanjung Malim.

“Kalau awak nak berhenti minum, berhentilah dulu. Nanti kempunan pulak” Mak Seha mengingatkan dia.

“Ah, aku seorang minum buat apa” rungut Ustaz Badur. Setakat dia seorang mahu minum kopi buat apa singgah di pekan Tanjung Malim yang terpaksa menyimpang jauh ke dalam sedikit. Lebih baik berhenti di gerai-gerai yang ada di tepi jalan. Dia mahu singgah di pekan Tanjung Malim kerana mahu mencari kuih pau yang terkenal di Tanjung Malim itu. Melepasi kawasan perkampungan, tibalah di selekoh yang gelap. Kiri kanannya pokok-pokok getah yang rimbun menjadikan kawasan di situ bagaikan diserkup. Hujan renyai-renyai masih turun, tetapi jalan tidaklah begitu licin. Sampai di kawasan selekoh itu Ustaz Badur tidaklah memecut sangat. Lagipun orang tua sepertinya memang tidak suka membawa kereta laju.

“Eh, apa yang putih tengah jalan tu ayah” Zaqlul menudingkan jari telunjuk ke hadapan.

“Orang nampaknya tu…” Mak Seha tergamam sedikit. “Orang gila ke agaknya, merayau tengah malam macam ni” rungutnya apabila nampak lembaga berpakaian serba putih mara menuju ke kereta.

Ustaz Badur cuba menekan brek, tetapi terasa breknya tidak mencengkam. Dia menjadi kelam kabut kerana brek sudah ditekan kuat, tetapi tidak memberi bekas. Kereta semakin hampir dengan lembaga berkenaan. Mahu tidak mahu dia terus merempuh, dan merasa keretanya bukan melanggar lembaga tadi sebaliknya menerpa ke tebing. Semasa keretanya terbabas, Ustaz Badur lama terduduk di bangku depan. Dia tidak tahu apa sudah berlaku. Hendak dikatakan pengsan tidak pula, kerana dia sedar apa yang berlaku ketika itu. Dia tahu Zaqlul yang mula-mula keluar dari kereta dan memanggilnya.

Mak Seha juga tergamam. Dadanya tersendal ke depan, tetapi dia juga tidaklah pengsan. Dia masih ingat Zaqlul memanggil-manggilnya suruh keluar. Dalam hujan renyai-renyai itulah Zaqlul menahan sebuah kereta yang sedang hendak menuju ke Ipoh. Dengan bantuan pemandu kereta itulah mereka bertiga dibawa ke hospital Tanjung Malim. Ketika ini Zaqlul tidak sedar bahawa tangannya patah semasa kereta terhumban ke tebing.

Setelah sampai di hospital barulah dia merasa tangannya sakit. Pemandu yang menolongnya itulah juga yang menelefon menantunya Munir memberitahu tentang kemalangan tersebut.

“Mujurlah juga ada orang mahu menolong saat-saat begini” ujar saya sambil melihat kesan melecet pada dahi Ustaz Badur.

“Orang tua macam saya ni, tentulah dia orang nak tolong. Lagipun inilah sebahagian dari pertolongan Allah juga” katanya perlahan.

Memang pada zahirnya kita melihat makhluk yang membantu kita dalam kesusahan demikian, tetapi sebenarnya hati makhluk itu digerakkan oleh Allah supaya memberikan pertolongan. Inilah dimaksudkan oleh Ustaz Badur pertolongan dari Allah itu. Bagaimana kisah dia terserempak lembaga berpakaian serba putih di Tanjung Malim, hingga menyebabkan keretanya terbabas itu tidaklah mendebarkan sangat hatinya. Masa ini dia sempat membaca Qulhuallah beberapa kali. Sebab itu dia dapat merasakan kemalangan yang menimpanya itu tidaklah berat. Biasanya kalau kereta terbabas di situ jarang orangnya selamat. Kalau tidak pun kereta akan remuk teruk terhumban ke bawah ke bawah gaung.

Malah semasa Zaqlul keluar dari kereta, memang Ustaz Badur membaca Fatihah 17 kali, diikuti dengan Ayat Kursi 17 kali dan Surah Yassin. Dalam masa inilah Zaqlul menahan sebuah kereta yang dalam perjalanan menuju ke Ipoh. Pemandu kereta itu berbangsa CIna, telah menolong Ustaz Badur sehingga semua kesnya selesai. Kira-kira jam 3.00 pagi, barulah lelaki Cina itu meneruskan perjalanannya ke Ipoh.

“Begitulah Allah memberi pertolongan” kata Ustaz Badur tersenyum. “Tiba-tiba saja lelaki Cina itu lalu, dan terus bersusah payah menolong saya. Kalau kita benar-benar beriman kepada Allah, kita akan sedar bahawa itulah pertolongan Allah yang sebenar-benarnya” dia menjelaskan dengan terharu.

Saya mengangguk-ngangguk kepala. Tidak hairan kepada saya mengapa Ustaz Badur berkata demikian, kerana orang yang bertaqwa kepada Allah sentiasa bersyukur di atas segala pertolongan yang diterimanya dari Allah. Kita berterima kasih kepada orang yang menolong, tetapi bersyukur kepada Allah kerana kudrat dan iradatNya jua menyebabkan orang tersebut datang memberikan pertolongan.

Kadangkala inilah yang disalahertikan oleh mereka yang ingin mempelajari ilmu. Saya pernah didatangi oleh seorang pemuda yang beriya-iya sangat mahu mendapatkan ilmu yang boleh mengalahkan musuh. Saya memberitahunya bahawa tudak ada ilmu itu pada saya.

“Kenalah awak cari orang lain untuk berguru, kerana saya tidak pernah belajar ilmu macam tu” kata saya. “Kalau awak mahu kalahkan musuh, janganlah cari musuh” ujar saya sengaja bergurau.

“Tapi Ustaz, kalau kemenyan sebesar lutut tak dibakar, mana nak ada bau” dia masih mendesak mahukan saya mengajar dia, sedangkan saya sebetulnya tidak ada ilmu sedemikian.

Disebabkan dia bersungguh-sungguh sangat mendesak, saya pun menyuruh dia hafalkan doa Haikal. Tidak lama kemudian dia datang memberitahu bahawa doa yang saya ajarkan itu tidak memberi bekas, kerana dia telah diserbu oleh beberapa orang lelaki.

“Dia pukul awak?” tanya saya.

Pemuda itu menggeleng kepala. “Tetapi dia mengancam mahu memukul saya” ujarnya macam kesal.

“Apa salah awak?” soal saya lagi.

“Dia tuduh saya ganggu adik perempuannya” beritahunya masih tidak puas hati kerana dia menuduh saya mengajar doa yang bukan dihajatinya.

Pemuda itu memberitahu dia telah dikepung oleh 7 orang pemuda, masing-masing ada membawa senjata. Dia balik dari menghantar seorang gadis yang baru dikenalinya, tetapi salah seorang pemuda itu mendakwa wanita itu adiknya, dan seorang lagi tunangnya. Dalam keadaan tergamam dia membacakan doa yang saya ajarkan itu. Tidak lama kemudian 7 orang pemuda itu pun pergi meninggalkan dengan memberi amaran supaya jangan mengganggu gadis berkenaan. Pada sangkaan pemuda itu apabila dibacakan doa tersebut, maka 7 orang pemuda yamg mengepungnya itu akan terpelanting seperti daun-daun kering ditiup angin.

“Sepatutnya awak bersyukur kepada Allah, kerana pemuda itu tidak jadi memukul awak” saya mengingatkan dia bahawa pertolongan Allah selalunya datang secara tidak kita sedari. “Kalau awak nak tengok dia terpelanting, itu bukan kuasa kita” kata saya seterusnya.

Itulah yang saya katakan bahawa orang yang tidak mengerti apa itu pertolongan Allah sukar untuk saya memberitahunya. Terutama pemuda-pemuda yang ghairah mahu mendapatkan ilmu kebatinan, mereka merasa apabila dibacakan doa-doa tertentu maka musuh yang dihadapi akan terpelanting atau sebagainya. Yang penting kita jangan mencari musuh, kalau kita tidak mencari musuh tentulah diri kita tidak ada musuh. Anehnya, mereka mencari ilmu kerana mahu menentang musuh, bukannya untuk berserah diri kepada Allah. Sebab itulah saya bersetuju dengan Ustaz Badur bahawa dia sentiasa bersyukur, walaupun mendapat kemalangan jalanraya ketika itu. Dia bersyukur kerana tidak menderita akibat kemalangan itu, di samping ada pula orang yang mahu menolongnya ketika itu.

“Terserempak lembaga tu, tak pelik sangat pada saya Ustaz” beritahu Ustaz Badur tersenyum. “Ada lagi yang pelik kalau Ustaz nak dengar” katanya mengingatkan sesuatu.

Inilah yang seronoknya kalau saya bertemu Ustaz Badur. Ada saja cerita yang hendak dicakapkan kepada saya. Dia memang kaya dengan pengalaman, malah pernah kena tahan oleh British sebelum merdeka dulu kerana penglibatannya dalam gerakan Islam, tetapi pihak British menuduhnya sebagai puak pelampau. Lama juga dia ditahan di Melaka, sebelum dipindahkan ke Morib. Dalam masa dahinya masih lebam-lebam akibat kemalangan jalanraya itu, dia masih bersemangat mahu menceritakan dengan saya mengenai pengalamannya yang lain.

“Ustaz nak cakap fasal kena tahan dulu?” tanya saya mengusiknya.

“Eh mana boleh kisah macam tu juga. Kisah tu dah habis dah, negeri kita dah merdeka, buat apa kenang lagi kisah tu” dia tersengih-sengih, kerana saya selalu mengusiknya untuk mengetahui kisah-kisah dirinya semasa ditahan oleh British dulu.

KISAH SEDIH SEORANG PELAJAR 12 TAHUN DI ROGOL 8 LELAKI


            GAMBAR: Kisah Sedih Pelajar Darjah Enam Dirogol Lapan Lelaki Bergilir-Gilir
                                              sekadar hiasan               
KISAH SEDIH SEORANG PELAJAR 12 TAHUN DI ROGOL 8 LELAKI | AHLI keluarga seorang remaja bawah umur yang dirogol lapan pelajar sekolah menafikan mangsa merelakan dirinya disetubuhi sebaliknya dipaksa dan dicederakan.
Sepupu mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa yang sebenarnya baru berusia 12 tahun diugut dan dicederakan sebelum dirogol.
“Dia dibawa ke kawasan rumah kosong di Jalan Rampaisari oleh kelapan-lapan lelaki terbabit sebelum salah seorang menutup matanya dengan kain dan dibawa ke tingkat atas rumah tersebut.
“Ketika itu lelaki terbabit membuka baju, seluar dan meraba lalu merogolnya secara bergilir-gilir,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di sini semalam.
Menurut sepupu mangsa turut ditemani bapa tiri dan ibu saudaranya, mangsa dirogol dua kali di rumah kosong berlainan hanya selang 30 minit selepas itu.
Menurutnya, mangsa cuba menjerit tetapi mulutnya ditekap tangan suspek.
“Dalam jam 8.05 pagi kelapan-lapan lelaki itu sekali lagi membawanya ke sebuah lagi rumah kosong di kawasan sama.
“Dia cuba melarikan diri ketika dibawa ke rumah tersebut tetapi diekori rapat oleh lelaki terbabit. Setibanya di rumah itu, dia diraba dan dirogol bergilir-gilir oleh tujuh lelaki,” katanya.
Menurutnya, setelah itu mangsa ditinggalkan bersendirian di rumah kosong tersebut.
Katanya, mangsa keluar dari rumah itu dan menuju ke surau berdekatan untuk mencuci pakaian dan ketika itulah seorang lelaki memanggil dan mendekati mangsa sebelum dibawa ke balai polis.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian itu berlaku pada 20 September lalu di sebuah lokasi seperti dimaksudkan sepupu mangsa dan jaraknya hanya kira-kira 100 meter daripada surau berkenaan.
Sepupu mangsa menjelaskan, mangsa keluar rumah pada 19 September lebih kurang jam 9 pagi ke rumah rakannya Jalan Rampaisari 3E, Bandar Sungai Buaya.
Menurutnya, mangsa berada bersama rakannya sehingga petang dan tidak pulang ke rumah.
Katanya, pada keesokannya, lebih kurang jam 7.30 pagi ketika mangsa berada di sekitar kawasan rumah rakannya itu, mangsa telah diajak oleh lapan lelaki ke rumah kosong di jalan yang sama dan ketika itulah kejadian tersebut berlaku.
Tambah sepupu mangsa lagi, gadis itu turut mengalami kecederaan dan kesan lebam pada tangan dipercayai dipijak dan jari-jemarinya kehitaman kerana cuba bertahan dan menahan kesakitan.
“Dia turut mengadu sakit di kepala kerana dihentak pada batang paip PVC.
“Tangannya lebam-lebam kerana dikasari dan dia ada katakan perutnya turut disepak,” katanya.
Sementara itu, menurut ahli keluarga mangsa yang lain, mereka mengakui mangsa tidak hadir ke sekolah tetapi bukan sengaja sebaliknya mengambil keputusan untuk tidak hadir kerana menemani ibunya yang mahu bersalin.
Menurut mereka, selesai Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), mangsa tidak lagi ke sekolah kerana menemani ibunya di hospital.
“Sebab itu dia tidak ada pakaian lain untuk digunakan.
“Dia berulang-alik ke hospital untuk menemani ibunya yang ketika itu hanya menunggu masa bersalin,” kata seorang ibu saudara mangsa.
Katanya, ibu mangsa selamat melahirkan anak perempuan pada jam 3 pagi, 24 September di Hospital Selayang.
Ahli keluarga mangsa turut diberitahu kesemua lapan suspek direman sehingga 27 September bagi proses siasatan.
Difahamkan, mangsa hadir ke IPD Hulu Selangor petang semalam untuk siasatan lanjut dan proses pengecaman kesemua suspek.
Namun, suspek yang dikatakan hadir untuk proses pengecaman itu tidak kelihatan sehingga jam 9 malam semalam

KISAH BENAR SEORANG ANAK PEREMPUAN GODA BAPA SENDIRI UNTUK MELAKUKAN PEKARA TERKUTUK


                                    
                                                         sekadar  hiasan

KISAH BENAR SEORANG ANAK PEREMPUAN GODA BAPA SENDIRI UNTUK MELAKUKAN PEKARA TERKUTUK | Hati pakcik makin hari makin resah. Anak gadis sulung pakcik, Julie (bukan nama sebenar) sering pulang lewat ke rumah.
Dia juga sudah tidak berminat untuk belajar sehingga memaksa pakcik menghentikannya daripada sekolah.
Puas pakcik menegur dan memarahi anak pakcik itu tetapi ia berlalu bagaikan mencurah air di daun keladi, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.
Lebih membimbangkan, apabila beberapa orang rakan sekerja pakcik memberitahu yang mereka pernah terserempak dengan Julie di salah sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang.
Menurut mereka, pakaian Julie ketika itu sangat seksi dan sedang berpelukan dengan lelaki bukan Melayu.
Walaupun jauh di sudut hati pakcik tidak mahu mempercayai kata rakan-rakannya itu, tetapi pakcik sedar sesuatu harus dilakukan, bak kata pepatah kalau tidak ada angin, mana mungkin pohon bergoyang.
Oleh kerana tidak mahu membuat tuduhan melulu, pakcik mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri pergerakan anak gadis pakcik itu.
Pakcik akhirnya akur. Sesuatu harus dibuat sebelum nasi menjadi bubur.
Suatu malam ketika sedang menonton televisyen di rumah bersama isteri, pakcik tercium bau wangi.
Ketika itu pakcik lihat Julie sudah siap bersolek dan berpakaian seolah-olah hendak pergi ‘party’.
Setelah ditanya berkali-kali, akhirnya Julie mengaku hendak ke disko bersama teman lelakinya.
Apalagi mengamuk sakanlah pakcik!
Pakcik marah Julie semahu-mahunya.
Nasib baiklah isteri pakcik cepat meredakan suasana, kalau tidak sudah pasti pipi Julie melekat dengan penampar sulung pakcik.
“Sejak itulah agaknya dia mula sakit hati dan memasang dendam terhadap pakcik,” katanya pada aku yang menemubualnya di bilik rekod Penjara Kajang.
Menurutnya, selepas insiden itu perangai Julie tiba-tiba berubah menjadi baik dan tidak lagi berani keluar malam.
Sebagai bapa, katanya, siapa yang tidak gembira dengan perubahan itu.
Namun yang agak menghairankannya ialah Julie semakin manja dengannya.
Bahkan adakalanya Julie yang berumur 15 tahun itu tidak segan silu tidur di atas ribanya, mengurut kakinya dan pernah satu ketika membelai-belai rambutnya.
Pun begitu dia dan isterinya langsung tidak menaruh sebarang syak wasangka terhadap kelakuan anak mereka.
Sehinggalah pada suatu hari sewaktu dia tinggal berdua dengan anaknya itu di rumah mereka.
Ketika itu isterinya sudah keluar ke pejabat.
Tiba-tiba pakcik terdengar suara sayup-sayup memanggil namanya.
“Abah, masuk kejap dalam bilik,” kata Julie.
Pakcik yang tidak menyangka sebarang keburukan akan berlaku, terus ke bilik Julie.
Alangkah terperanjatnya pakcik sewaktu masuk ke dalam bilik tersebut, kerana anak perempuan pakcik itu hanya memakai coli dan seluar ketat getah berwarna hitam.
Belum sempat dia berkata apa-apa, tiba-tiba Julie merangkul tubuh dan mencium bibirnya dengan rakus.
Serentak dengan itu juga Julie melondehkan seluarnya dan berlakulah perbuatan terkutuk antara bapa dan anak kandung sendiri.
“Walaupun ia merupakan dosa besar tetapi iman pakcik ketika itu terlalu lemah, pakcik tewas dengan nafsu sendiri sehingga tidak mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
“Yang menghairankan pakcik, sewaktu tengah `bersama’ tiba-tiba ada suara halus yang berbisik di telinga, ia seolah-olah memberitahu yang pakcik sudah jauh terpesong.
“Pakcik yang terkejut dengan suara itu terus menolak tubuh Julie dan menyarungkan semula pakaian pakcik. Dalam erti kata lain `kejadian’ itu berlaku tidak sampai tiga minit,” katanya.
Menurut pakcik, anak gadisnya ketika itu hanya ketawa manja melihat kelakuannya, malah sempat merengek agar `permainan’ yang terhenti itu disambung semula.
Dia bagaimanapun tidak menghiraukan pujukan Julie dan terus keluar dari rumah.
Semuanya berjalan seperti biasa selepas hari itu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Bagaimanapun ketika dia pulang kerja pada suatu malam, isterinya tiba-tiba menangis sambil memberitahu yang Julie mengaku telah mengandung tiga bulan, dan menuduh dia sebagai orang yang bertanggung jawab ke atas perbuatan terkutuk itu.
“Akhirnya baru pakcik tahu yang Julie sebenarnya sudah memasang perangkap untuk mengenakan pakcik, setelah teman lelakinya bertindak meninggalkannya.
“Julie yang memang berdendam dengan pakcik merasakan inilah saat terbaik untuk membalas dendam kesumatnya itu.
“Pun begitu pakcik yang paling bersalah dalam hal ini, pakcik sepatutnya melindungi Julie ke jalan yang benar dan bukannya tewas dalam perangkapnya,” kata pakcik.
Setelah dihadapkan ke mahkamah, dia terus mengaku salah dan dikenakan penjara selama 10 tahun dan 12 sebatan.
Dia yang baru menjalani hukuman penjara selama dua tahun itu bagaimanapun kini sedang merayu kepada mahkamah agar hukuman sebat itu dikurangkan seminimum mungkin.
Ujarnya, dia mungkin tidak mampu menahan azab sebatan itu kerana usianya kini sudah mencecah 49 tahun.
Dia turut menasihatkan ibu bapa supaya meluangkan lebih masa dengan anak-anak dan pada masa yang sama jangan terlalu memberikan kebebasan kepada mereka.
“Pakcik terlalu menyesal dengan kejadian ini tetapi ia sudah tidak berguna lagi.
“Pakcik juga tidak tahu adakah dosa saya akan diampunkan kerana binatang sendiri pun tidak sanggup menodai anaknya sendiri.
“Kepada Julie, abah minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki di atas apa yang berlaku ini,” katanya.
Sebelum kami menamatkan perbualan penulis ada bertanyakan isterinya tetapi pakcik berkata: “Baru-baru ini dia ada menghantar surat untuk bercerai… pakcik belum memikirkannya tetapi pakcik tahu lambat laun pakcik terpaksa juga melepaskannya.

Kisah Tauladan Wasiat Ayah Kepada Anak Sebelum Menemu Ajal


Kisah Tauladan!! Sarungkan Stokin Ke Kaki Ayah Saat Dikafankan

Kisah Tauladan Wasiat Ayah Kepada Anak Sebelum Menemu Ajal | Satu permintaan yang pelik sebenarnya apabila seorang ayah mewasiatkan kepada anaknya agar menyarungkan kakinya dengan stokin saat dikafankan. Seorang anak yang sentiasa taat dan hormat kepada ayahnya bertindak menunaikan wasiat bapanya. Namun ketika mahu menyarungkan, tindakannya itu dihalang oleh orang yang berada di situ. Persoalannya, mengapa si bapa meminta anaknya berbuat demikian?
Tersebut sebuah kisah pada zaman kegemilangan Islam dahulu, terdapat seorang tua yang cerdik, alim dan kaya raya sedang nazak dirumahnya. Beliau memanggil anak-anaknya untuk memberi peringatan terakhir. Seolah-olah mengetahui akan masa ajalnya, sebelum beliau dipanggil ke ilahi, beliau memesan kepada anak-anaknya agar setelah jenazahnya dimandikan dan disucikan kelak, sarungkanlah sebelah stokin ke kakinya sebelum dikafankan.
Tidak lama selepas itu, Si tua tersebut dipanggil untuk menghadapa ilahi. Seisi rumah menjadi suram dan bungkam. Setelah dimandikan dan disucikan, tukang mandi jenazah hendak mengangkat jenzah arwah tersebut untuk dikafankan. Si anak yang mendengar akan kata-kata terakhir ayahnya, teringat akan wasiat stokin tersebut. lantas beliau mencari stokin untuk disarungkan ke kaki bapanya.
Belum sempat disarungkan, tukang mandi jenazah membantah kerana hal seperti itu adalah tidak sma sekali dibenarkan didalam Islam. Si anak mengatakan bahawa itu adalah wasiat terakhir ayahnya dan perlu dilaksanakan walaubagaimana sekalipun. Pertengakaran tersebut dibawa kepada pandangan mufti dan ijtihad para ulama’. walau bagaimanapun, perlakuan tersebut tetap adalah dilarang didalam Islam.
Rupanya, tanpa Si anak mengetahui, ada seorang lagi tua yang kagum melihat aksinya yang begitu ta’at akan perintah bapanya. Beliau mendekati Si anak dan mula memulakan bicara.
“Wahai orang muda, aku amat kagum melihatmu yang begitu ta’at dengan permintaan bapamu, walaupun perkara tersebut adalah dilarang didalam Islam. Sebenarnya, aku adalah seorang yang diamanahkan oleh bapamu untuk memegang wasiatnya yang menyatakan bahawa segala harta dan pemilikannya adalah milikmu sekarang wahai orang muda.”
Apabila melihat si anak masih lagi terpinga-pinga, Si tua itu tersenyum dan menyambung bicaranya,
“Apa yang dilakukan olehmu merupakan satu bukti bahawa kamu masih menghormati dan menta’ati ibubapamu walaupun mereka telah tiada, satu kemuliaan yang tiada pada adik beradikmu yang lain.
Seperkara lagi, tentang stokin itu, itu adalah satu nasihat bapamu kepadamu. Lihatlah wahai orang muda, apabila bapamu telah memulakan langkah menghadap Ilahi, tiada apa pun yang dibenarkan untuk dia bawa bersama bahkan sehelai stokin, harta benda juga tidak boleh dibawa, melainkan hanya ilmu dan amalanmu untuk menghadap Yang Esa, bersedialah dari sekarang memandangkan kamu masih mempunyai banyak masa daripadaku,” -
Masya Allah, begitu hebat Si Tua yang telah meninggal tersebut, walaupun hampir hilang nyawa, masih sempat lagi untuk memeberi nasihat, bukan sahaja kepada anaknya, namun juga kepada kita semua. =) Renungkanlah…
Wallahualam

KISAH BENAR SEORANG LELAKI DI TEGUR PUTERI BUNIAN DI GUNUNG NUANG


               

KISAH BENAR SEORANG LELAKI DI TEGUR PUTERI BUNIAN DI GUNUNG NUANG |  Seorang  lelaki di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang, Rozi Sarip memiliki pengalaman selama 13 tahun menjadi pemandu arah pendaki-pendaki yang ingin mendaki Gunung Nuang melalui kampung kelahirannya.

Lelaki yang gemar tersenyum ini pernah melakukan pelbagai pekerjaan seperti pekerja kontrak, juruukur jalan dan pemetaan hutan.

Namun, selepas lebih 10 tahun merantau sekitar Semenanjung Malaysia mencari rezeki, lelaki yang mempunyai lima orang zuriat ini kembali ke kampung asalnya.

Hidupnya agak sederhana. Selain mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan, pendapatan utamanya ialah sebagai pemandu arah.

“Jika ada tetamu yang datang ke rumah, saya minta mereka bawa sahaja buah-buahan milik saya pulang kerana kuantitinya terlalu banyak setiap kali tiba musim buah,” cerita Rozi.

Namun, lelaki ini ada kisahnya yang tersendiri. Jika mendaki gunung, pasti dia akan memakai baju sejuk dan seluar jean.

Selain itu, Rozi hanya menggunakan selipar sebagai alas kakinya.


Orang bunian

Namun, Rozi juga teruja berkongsi kisah misteri yang pernah dialaminya di Gunung Nuang.

Pada tahun lepas, dia membawa sekumpulan pelajar universiti tempatan mendaki Gunung Nuang.

“Pendakian itu berlaku seperti biasa dan para peserta dapat bermesra dengan Orang Asli yang menetap di kaki bukit yang terletak 5,000 meter dari aras laut.

“Sebelum sampai ke puncak, mereka sempat bermandi-manda di kawasan air terjun selain berkhemah pada waktu malam,” ujarnya.

Namun, semasa dalam perjalanan pulang, dia terdengar suara wanita memberikan salam selain bertanya tujuan mereka mendaki gunung itu.

“Suara itu memberikan salam sebanyak tiga kali dan dia bertanyakan tujuan kami ke hutan itu. Pada mulanya, saya hanya mendiamkan diri sebelum menjawabnya.

“Saya berkata dalam hati bahawa rombongan saya sekadar ingin menumpang lalu dan tidak mempunyai niat lain,” kata Rozi.

Tambahnya, di hutan belantara itu bukan sahaja dipenuhi dengan flora dan fauna tetapi ia turut didiami makhluk halus dan jin.

“Justeru, adalah sebaik-baiknya kita meminta izin selain membaca doa tertentu (ketika berada di dalam hutan). Bukan menyekutukan Allah SWT tetapi berdoa supaya aktiviti yang dilakukan itu menjadi mudah tanpa sebarang gangguan,” katanya.


Rozi juga tidak dapat melupakan pengalamannya semasa dia menjala ikan di sebuah sungai di Janda Baik.

“Semasa itu, saya pergi menjala ikan bersama sepupu tetapi selepas dua jam, saya masih belum mendapat hasilnya.

“Saya dan sepupu berasa pelik kerana sebelum ini kami mendapat banyak tangkapan ikan kerana sungai itu sememangnya kawasan lubuk ikan,” katanya.

Namun, secara tiba-tiba, mereka ternampak kelibat seorang wanita berpakaian warna putih yang sedang membasuh baju.

“Wanita itu memakai baju berwarna putih sambil membasuh baju. Tetapi, saya tidak dapat melihat wajahnya kerana cuaca yang gelap.

“Paling mengejutkan, sepanjang wanita itu membasuh baju, tiada terdapat buih serbuk pencuci sedangkan berdasarkan fikiran logik, jika seseorang itu membasuh pakaian pastinya dia akan menggunakan serbuk pencuci,” katanya.

Rozi menganggap wanita itu ialah orang bunian.

“Saya kemudian berkata dalam hati meminta kebenaran untuk menjala ikan di kawasannya untuk menyara keluarga. Secara tiba-tiba wanita itu ghaib.

“Saya kemudian menjala ikan di kawasan wanita tadi dan agak mengejutkan saya dan sepupu memperolehi ikan sebanyak tiga guni beras selain bersaiz besar.

“Tetapi, ada juga syaratnya iaitu tidak boleh ditebar melebihi tiga kali kerana mungkin orang bunian itu juga memakan ikan di kawasan terbabit

“Sebenarnya hutan belantara ini memang banyak misteri yang tersembunyi,” katanya.

KISAH BENAR BAYI PEREMPUAN 7 BULAN TERKENA BADI MAYAT


KISAH BENAR BAYI PEREMPUAN 7 BULAN TERKENA BADI MAYAT | Terdapat sebuah kisah mengenai seorang bayi kecil yang terkena badi mayat apabila salah seorang dari ahli keluarganya telah menziarahi jenazah yang telah meninggal dunia di salah satu tempat. Kemudian apabila pulang tempat ziarah, ia terus menegur bayi yang dimaksudkan ini. Ikuti kisah ini yang mungkin boleh kita jadikan iktibar di kemudian hari.
Tragedi ini menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan. Ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu didatangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50 an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu Hari Raya Aidil Adha.
Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk ke rumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut.
Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari (itu pun dengan izin dari Allah..katanya).
Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah badi daripada mayat perempuan tua dan bukannya satu tetapi tujuh, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.
Kerana terlalu risaukan keselamatan bayi saya, sehinggakan saya berdoa agar adalah orang yang meninggal pada hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, Alhamdulilah. Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan dengan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.
Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat Hospital Shah Alam, menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah Maha Penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya disebut.
Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (takut ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya sendiri, tetapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan sentiasa mengingati Allah SWT. Pintu dan tingkap diminta buka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan.
Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu sejak beberapa bulan yang lalu.
Bayi saya meronta-ronta dan dengan spontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.
Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu kepada saya, suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga kami yang menziarahi jenazah yang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya.
Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kepada bayi saya. Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukurnya saya, kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Sekian lama selepas segala kesulitan itu terurai, saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah seperti yang diberikan oleh Cik Man.
Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat di situ cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang ke rumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri.
Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih, saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. Apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar

KISAH BENAR (PENGAJARAAN) AKIBAT MEMAKI HAMUN ULAMAK SEORANG LELAKI JATUH SAKIT (SEMUA KUASA ALLAH)


KISAH BENAR (PENGAJARAAN) AKIBAT MEMAKI HAMUN ULAMAK SEORANG LELAKI JATUH SAKIT (SEMUA KUASA ALLAH) |  Dulu di kampungku terdapat sebuah surau separuh batu separuh kayu, menjadi tempat warga desa mendirikan solat fardu berjamaah, sekarang surau itu sudah tiada lagi kerana di atas tapaknya dibina sebuah masjid mukim.

Waktu itu seorang imam dengan sukarela mengetuai imam solat, sekaligus mengajar fardu ain untuk warga desa terutama muslimat. Bila ada majlis tahlil, sang imam ini dijemput mengetuai pembacaan tahlil. Justeru beliau layak dikatogerikan sebagai antara tok lebai yang disegani di desa ku. 

Pada awal beliau menjadi imam dan mengajar agama kepada warga, ramai jamaah datang mengikuti kuliahnya terutama kuliah Maghrib dengan menadah kitab. Tapi tiga atau empat tahun kemudian jamaah semakin berkurangan. Ramai yang tak mahu bersolat dengan berimamkan Tok Lebai itu lagi. Mengikuti kuliahnya juga tak mahu. Akhirnya tinggal beberapa orang saja yang “malu mata” untuk melarikan diri darinya.
Bila ditanya kepada warga, mengapa kalian tak ikut bersolat di surau Tok Lebai Pakcu, masing- masing menjawab “ Tok Lebai Pakcu Paie tu dah berubah, tidak lagi seperti mula-mula dulu. Dulu bagus. Sejak akhir-akhir ini beliau kutuk Tok Guru Nik Aziz Nik Mat habis-habisan dalam kuliahnya”.
Perubahan mendadak Tok Lebai Pakcu itu kononnya setelah beliau mendapat sedikit habuan, sebelumnya tidak begitu. Ramai warga desa puji beliau. Ilmunya lumayan setakat untuk mengajar fardu ain warga desa.
Dari sehari ke sehari sumpah saranahnya kepada Tok Guru Nik Aziz semakin kuat dan lantang, sehinggalah suatu hari Tok Lebai Pakcu jatuh sakit. Permulaannya kurang selera makan, disertai dengan tak boleh bercakap.
Dibawa ke hospital, pernah tinggal di wad, tapi menurut keluarganya, doktor yang merawat memberitahu, masih belum dikenalpasti penyakit apa menyerang Tok Lebai Pakcu.
Saya sempat menjengok beliau. Saat itu tubuh badannya seperti papan sekeping, tersangat kurus. Suaranya hilang. Hanya dua biji mata bergerak-gerak sebagai tanda isyarat kepada keluarganya, meminta air.
Abang ipar saya yang kerap menziarahinya kerana kebetulan rumahnya berdekatan memberitahu; katanya kelmarin keluarga terdekat Tok Lebai Pakcu membisik kepada Pakcu “ Pakcu, kalau ambo gi minta air tawar (air doa) Tok Guru Nik Aziz lagumana, nak minum kah?. Pakcu banyak buat salah kepada dia, dok kata macam-macam kat Tok Guru, sedang Tok Guru tak buat salah apapun kepada Pakcu.”
Mendengar kata-kata keluarganya itu, serta merta terbuka biji matanya, kepalanya bergerak-gerak, seolah-olah bersetuju dengan cadangan keluarganya. Tapi saat itu Tok Lebai Pakcu hampir nazad. Beliau menutup usia beberapa jam selepas itu.
Saya tidak mahu meletakan sakit dan matinya dikeranakan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Sakit serta ajalnya sudah ditentukan Allah SWT..

Sunday, January 19, 2014

KISAH SEDIH LUAHAN HATI SEORANG AYAH ANAK KANDUNG MURTAD

KISAH SEDIH LUAHAN HATI SEORANG AYAH ANAK KANDUNG MURTAD |Kisah sedih yang akan saudara/saudari baca ini mengisahkan KISAH BENAR yangdiceritakan oleh bapa kepada Hartini yang telah keluar dari agama asalnya Islam seperti yang diceritakan kepada wartawan Majalah Muslimah. Semoga kita semua dapat merenung dan memikirkan apa yang dapat kita lakukan sekiranya ianya terjadi terhadap orang yang kita sayangi. 
MURTAD (KISAH BENAR) 



Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi. Bagi mengetahui hal sebenar , pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya, Encik Kamaruddin Abdul Karim , abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut. Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab peribadi .Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.

Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School (A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari ,kedua Hartina , ketiga Azliza (17 tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan. Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan. Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun kemudian. 


Kehadiran Hartina mengubah hidup kami, kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh". Di sebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami , segala permintaannya kami penuhi. Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer di Kampar. Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 dia bertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya. Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu. Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.

Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate (En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak) , jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja. Kebetulan saya memang ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelak India. Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang.

Setelah melihat keadaannya, baru terlintas di fikiran saya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut. Walaupun kami datang setiap bulan ,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami. Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?" Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya . Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina te

Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00 petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30 malam. Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor. Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu . Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja. 

Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran. Dalam peraturan perkahwinan India , seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki India. Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan. Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac 1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah di buat pada 24 Mac 1996 ini bermakna saya telah terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut ,baru lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup. Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung. Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut. Saya bersama isteri berpandangan sendiri. 

Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis . Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan pendaftaran perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?. Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27 Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan polis. Selepas membuat laporan polis ,saya dan isteri pulang ke rumah ,kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang ke rumah pada malam itu. Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.

Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawab menukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya " Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya ,kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?. " Dia kata yang pihaknya telah memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah . Bila saya semak di JAWI, pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu. Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu. 

Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya. Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka. Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya. Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya. Saya hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah mengandungkannya? Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak.

 Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India. Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak. Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14 April, kira-kira pukul 12.00 tengah malam , Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh. Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya.

Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan. Jadi pada 20 April 1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan. Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana , saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama Islam Perak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka. Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina . Pada 31 April , kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan. 

Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah syahadah di hadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur. Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina. Rupa-rupanya ia tidak berhenti setakat itu. Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu daripada si lelaki. Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak 30 juta daripada Kerajaan Negeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.

Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya. Setelah segala- galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang. Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah menculik isterinya. Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis. Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak saudara saya (Borhan) telah pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan peguam. Saya berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di Batu Caves untuk menguruskannya. 

Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa .Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela .Saya tidak boleh berbuat apa-apa . Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan saya, bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang diri. Saya tinggalkan rumah dan perniagaan saya berbulan-bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan , tiada langsung tindakan susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu oleh pihak berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu berada.

Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka . Empat minggu kawan saya mencari ,minggu keempat baru jumpa. Kawan saya itu memerlukan masa yang agak lama kerana dia menguruskannya seorang diri , tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya ini, Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama. Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat tidak berpuashati kerana polis tidak mahu bertindak. Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM) , Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru. Menerusi laporan yang saya buat, saya mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu. 

Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula. Bila mendapat keterangan diri, baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada nama Hindunya. Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu buat pertama kali , pada 30 April 1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan namanya kembali kenama Hindu . Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei 1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja.

Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan. Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku. Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak , saya telah melakukan dengan sedaya upaya saya , tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.

Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata "Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam. Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang. Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi leaki India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali , tetapi lelaki India itu diam sahaja.Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan.

Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah. Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat, tetapi mungin ada dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar- benar panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina ke balai. Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah. Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja.

Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1 Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul di hadapan tempat saya berniaga. Apa niat sebenar mereka ?. Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14 tahun . Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter di hadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali lagi. Mana tahu jika hatinya terbuka untuk kembali semula kepada Islam. 

Seelok sahaja saya sampai , Hartina bangun , seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai saya untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri. Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu . Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan. Saya jatuh tersungkur. Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak , menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya. Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya. Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan.

Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh. Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya , tetapi rupa- rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka. Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan di dalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu. Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan. Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mengambil parang dan membelasah orang-orang Rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia 14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa. (En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata) . 

Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang. Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah, saya terus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan Rajeswaran. Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan. Rajeswaran adalah saksi ketiga. Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan. Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa- apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke atasnya, orang pertama yang disyaki adalah saya.

Berikutan dengan itu saya telah ditahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998. Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki. Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16 tahun. Jika benar saya melakukan, takkanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari. Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa. Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang. Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu? Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal, Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu.

 Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu. Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telah mengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu. Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk. Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan pekara palsu menjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan. Selepas dua minggu saya di bebaskan, sehingga kini ia masih dalam kes. Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri, bahkan ianya lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada orang lain.

Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu. Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendakki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendakki, maka akan disempitkanNya". Apabila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati saya.

 Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami. Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu. 

rus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996 . Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam, sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri.

 Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan, Kampar. Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki itu bekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka. Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat hidu. Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu pada 21 Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya langsung?.