Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi. Bagi mengetahui hal sebenar , pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya, Encik Kamaruddin Abdul Karim , abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut. Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab peribadi .Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.
Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School (A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari ,kedua Hartina , ketiga Azliza (17 tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan. Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan. Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun kemudian.
Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate (En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak) , jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja. Kebetulan saya memang ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelak India. Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang.
Setelah melihat keadaannya, baru terlintas di fikiran saya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut. Walaupun kami datang setiap bulan ,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami. Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?" Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya . Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina te
Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00 petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30 malam. Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor. Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu . Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja.
Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawab menukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya " Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya ,kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?. " Dia kata yang pihaknya telah memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah . Bila saya semak di JAWI, pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu. Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu.
Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan. Jadi pada 20 April 1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan. Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana , saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama Islam Perak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka. Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina . Pada 31 April , kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan.
Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya. Setelah segala- galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang. Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah menculik isterinya. Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis. Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak saudara saya (Borhan) telah pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan peguam. Saya berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di Batu Caves untuk menguruskannya.
Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka . Empat minggu kawan saya mencari ,minggu keempat baru jumpa. Kawan saya itu memerlukan masa yang agak lama kerana dia menguruskannya seorang diri , tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya ini, Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama. Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat tidak berpuashati kerana polis tidak mahu bertindak. Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM) , Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru. Menerusi laporan yang saya buat, saya mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu.
Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan. Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku. Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak , saya telah melakukan dengan sedaya upaya saya , tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.
Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata "Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam. Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang. Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi leaki India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali , tetapi lelaki India itu diam sahaja.Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan.
Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah. Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat, tetapi mungin ada dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar- benar panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina ke balai. Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah. Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja.
Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1 Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul di hadapan tempat saya berniaga. Apa niat sebenar mereka ?. Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14 tahun . Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter di hadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali lagi. Mana tahu jika hatinya terbuka untuk kembali semula kepada Islam.
Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh. Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya , tetapi rupa- rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka. Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan di dalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu. Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan. Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mengambil parang dan membelasah orang-orang Rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia 14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa. (En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata) .
Berikutan dengan itu saya telah ditahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998. Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki. Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16 tahun. Jika benar saya melakukan, takkanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari. Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa. Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang. Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu? Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal, Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu.
Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu. Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendakki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendakki, maka akan disempitkanNya". Apabila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati saya.
rus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996 . Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam, sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri.
0 comments:
Post a Comment